DENGGI…UBAH SIKAP ANDA UNTUK MEMBANTU MENCEGAHNYA!

  IMG_2015-02-12 12:43:39 MESYUARAT PASUKAN PETUGAS KHAS DENGGI PERINGKAT KEMENTERIAN BIL. 2/2015

KHAMIS, 12 FEBRUARI 2015

  1. Seperti mana semua sedia maklum bahawa, ketika ini telah berlaku peningkatan kes denggi di seluruh negara. Peningkatan ini mula diperhatikan semenjak bulan November tahun 2014 dan berterusan sehingga awal Februari 2015. Purata kes denggi mingguan yang dilaporkan ketika ini adalah antara 2,000 hingga 3,500 kes seminggu.
  2. Sehingga 11 Februari 2015, sebanyak 16,444 kes dilaporkan berbanding 10,329 kes bagi tempoh yang sama tahun 2014, iaitu peningkatan sebanyak 59.2%. Negeri Selangor menyumbang sebanyak 56.8% kes denggi di seluruh negara. Bagi kematian, sebanyak 44 kematian dilaporkan berbanding 19 kematian dalam tempoh yang sama tahun 2014, iaitu peningkatan sebanyak 132%.
  3. Sehubungan itu, KKM telah mengaktifkan semula mesyuarat Pasukan Petugas Khas Denggi secara bersepadu melalui kerjasama enam (6) kementerian iaitu Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri dan ini juga termasuk Kerajaan Negeri.

    IMG_2015-02-12 12:43:12
    CEGAH SEBELUM PARAH!
  4. Dengan tindakan bersepadu dari pelbagai kementerian dan agensi terlibat, diharapkan kejadian kes denggi yang melanda negara ketika ini akan dapat diatasi dengan kadar segera.
  5. Pada peringkat KKM juga, pengukuhan strategi pencegahan dan kawalan demam denggi khususnya di Selangor dengan tambahan strategi baru (Outdoor Residual Spraying) dilaksanakan bermula 11 Februari 2015. Daerah yang terlibat adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak dan Klang.
  6. Jabatan Kesihatan Negeri terutama Selangor, perlu memastikan setiap aktiviti kawalan sedia ada dan kawalan strategi baru dilaksanakan di lapangan. Kegagalan melaksanakan aktiviti kawalan oleh pihak tertentu perlu diambil tindakan kerana ianya boleh menyebabkan kematian dan kejadian kes.

Luangkan sedikit masa anda dan tonton di sini:

Hapuskan Aedes Memang Mudah!

Denggi Bertindaklah Sekarang!!

MyHealth: Denggi

IMG_2015-02-12 12:43:21
SEMUA PIHAK PERLU PEKA DENGAN KAWASAN SEKELILING YANG BERPOTENSI MENJADI TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK
IMG_2015-02-12 12:43:28
LUANGKAN SEDIKIT MASA SETIAP MINGGU UNTUK MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKELILING ANDA
IMG_2015-02-12 12:58:23
KITA PERLU BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KEBERSIHAN KAWASAN SEKELILING, JANGAN TUNGGU UNTUK BERTINDAK!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s