Denggi Minggu 7, 2015: 54 orang tersayang sudah terkorban

KENYATAAN AKHBAR 

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

Bagi Minggu 7 tahun 2015 (15 sehingga 21 Februari 2015)

Dari pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada minggu ke tujuh tahun 2015, iaitu bagi tempoh 15 Februari sehingga 21 Februari 2015, sejumlah 2,959 kes demam denggi telah dilaporkan berbanding 3,312 kes pada minggu sebelumnya, iaitu pengurangan sebanyak 12%. Namun pengurangan pada minggu lepas kemungkinan dipengaruhi oleh cuti umum yang panjang. Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan dari Januari sehingga 21 Februari adalah sebanyak 21,310 kes, berbanding hanya 13,915 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas, berlaku peningkatan sebanyak 53% atau 7,395 kes. Negeri Selangor merupakan penyumbang utama kepada kes demam denggi iaitu 58% daripada kes keseluruhannya. Manakala bagi tempoh yang sama, jumlah kematian denggi yang dilaporkan adalah 54 kematian, berbanding hanya 25 kematian pada tempoh yang sama tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 116%.

KKM telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menggurangkan kejadian kes pada masa ini. Salah satu tindakan bersepadu yang dilakukan ialah menjalankan aktiviti penguatkuasaan iaitu Ops Gempur Aedes di tapak binaan pada 10 Februari hingga 24 Febuari 2015 di negeri Selangor. Hasil daripada Ops Gempur Tapak Binaan yang telah dijalankan oleh KKM sebanyak 56 tapak binaan telah diperiksa dan 52 tapak binaan mempunyai pembiakan nyamuk Aedes dan kesemuanya akan didakwa di mahkamah. Sebanyak 44 tapak binaan telah diarahkan tutup untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Screenshot 2015-02-25 21.23.28
Sumber: iDengue
Screenshot 2015-02-25 21.23.57
Sumber: iDengue
Screenshot 2015-02-25 21.24.27
Sumber: iDengue

Di samping itu, KKM juga melaksanakan teknik semburan baru dalam kawalan nyamuk Aedes iaitu Outdoor Residual Spray (ORS) yang telah dilaksanakan bermula pada 11 Februari 2015. Aktiviti ditumpukan di empat daerah bermasalah denggi di Selangor iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang. Pemantauan dibuat secara berterusan dan penilaian keberkesanan aktiviti ini akan dibuat dalam tempoh tiga bulan.

YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

25 Februari 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s