Jom, Ikrar Derma Organ!

KENYATAAN AKHBAR

YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA 

IKRAR DERMA ORGAN AHLI PENGURUSAN TERTINGGI KKM

IMG_6997
Ahli Pengurusan Tertinggi KKM telah berikrar menjadi penderma organ!

IMG_6966

  1. Pada hari ini, Ahli Pengurusan Tertinggi KKM akan menyatakan ikrar sebagai penderma organ sebagai simbolik kepada pelancaran “Program KKM Jom Ikrar”. Program KKM Jom Ikrar dilancarkan bagi memberi pendedahan asas mengenai derma organ kepada semua anggota Kementerian Kesihatan, sama ada anggota perubatan atau bukan perubatan dan seterusnya menggalakkan mereka untuk mendaftar sebagai pengikrar derma organ secara sukarela. Ini adalah antara strategi yang sedang dilakukan bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran seluruh anggota Kementerian tentang kepentingan derma organ. Program ini akan diselaraskan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri dan akan dijalankan secara berterusan.

IMG_6985IMG_6983

  1. Sehingga 31 Januari 2015, jumlah rakyat Malaysia yang sedang menunggu untuk mendapatkan organ adalah 19,353 orang dan kebanyakannya adalah pesakit buah pinggang iaitu seramai 19,329 orang dan angka ini dijangka semakin meningkat akibat komplikasi penyakit kencing manis dan darah tinggi yang tidak terkawal. Manakala, bilangan pesakit yang mengalami kegagalan organ yang lain yang sedang menunggu organ adalah 6 orang pesakit jantung, 7 orang pesakit paru-paru, 2 orang pesakit jantung dan paru-paru dan 9 orang pesakit hati termasuklah 4 darinya pesakit hati kanak-kanak. Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dapat menyambung kehidupan dengan adanya rawatan secara dialisis namun bagi pesakit kegagalan organ yang lain, sekiranya tiada organ, mereka tidak mempunyai harapan untuk terus hidup. Walaupun begitu, rawatan secara transplantasi buah pinggang terbukti lebih berkesan dalam jangka masa panjang dari dialisis dari segi kos dan kualiti hidup.
  1. Jumlah pesakit semakin tinggi, manakala jumlah organ tidak mencukupi. Kadar pendermaan organ di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia iaitu cuma 0.68 pendermaan untuk setiap juta penduduk. Negara-negara lain mempunyai kadar yang lebih tinggi; seperti Thailand iaitu 1.28, Singapura 5, manakala Arab Saudi sebanyak 2.7, Amerika 25.5 dan Sepanyol sebanyak 34.4. Sehingga 31 Januari 2015, jumlah penderma organ dan tisu kadaverik (penderma yang telah meninggal dunia) cumalah seramai 507 orang di mana 59% adalah dari kaum Cina, 27% dari kaum India, 6% dari kaum Melayu dan 8% dari lain-lain kaum.
  1. Namun begitu, bilangan pengikrar penderma organ baru meningkat setiap tahun. Pada tahun 2006, hanya terdapat seramai 10,081 pengikrar baru yang mendaftar pada tahun tersebut. Jumlah ini telah meningkat iaitu seramai 20,377 pada tahun 2010, 31,055 pada tahun 2011 dan 37,093 pada tahun 2014. Setakat 31 Januari 2015, jumlah rakyat Malaysia yang telah berikrar untuk menderma organ selepas kematian adalah 289,303 orang mewakili hanya 0.9% dari jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Pecahan mengikut kaum adalah: Cina 47.6%, India 23.9%, Melayu 24.6% dan 3.9% bagi lain-lain kaum.

IMG_6984

  1. Sebenarnya, sejak 1970 lagi, Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah dikeluarkan, yang mengariskan bahawa pemindahan organ dibenarkan (harus) dalam Islam. Selain dari Fatwa Kebangsaan, negeri-negeri lain turut mengeluarkan Fatwa peringkat negeri mengenai pendermaan organ iaitu Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Sarawak yang rata-ratanya membenarkan pendermaan organ. Ramai agamawan turut menyokong pendermaan organ contohnya, Imam Muda Asyraf, Mufti Perak, Tan Sri Haji Harussani Hj Zakaria dan Bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut.

IMG_6982

IMG_6986

  1. Ikrar derma organ bermakna kita bersedia untuk mendermakan organ selepas meninggal dunia. Setelah meninggal dunia, peruntukan di bawah subseksyen 3(1) Akta Tisu Manusia 1974 menetapkan kebenaran untuk menderma organ si mati hanya boleh diberikan kepada ahli keluarga. Oleh itu, setelah berikrar sebagai penderma organ, kita perlu memaklumkan kepada ahli keluarga terdekat.

IMG_6987

  1. Selaras dengan konsep Satu Malaysia, semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, pangkat, agama dan bangsa diseru untuk terus menyokong dan sama-sama berikrar untuk mendermakan organ selepas meninggal dunia demi kepentingan pesakit yang memerlukan.

“Satu Ikrar Sejuta Harapan, Dermalah Organ Demi Kehidupan”

Datuk Seri Dr S.Subramaniam

4 MAC 2015

One Comment Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s