MESYUARAT PASUKAN PETUGAS KHAS DENGGI PERINGKAT KEMENTERIAN Bil. 4/2015

IMG_2015-03-09 11:25:46
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Kementerian melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan termasuk Majlis-majlis Perbandaran di kawasan hotspot denggi Selangor, DBKL, PDRM dan CIDB. Pakar klinikal dan institusi penyelidikan KKM juga menjadi ahli mesyuarat ini.

IMG_2015-03-09 11:58:04Pada tahun 2015, terdapat peningkatan kes denggi bermula pada akhir bulan Januari dan awal bulan Februari di mana jumlah kes mingguan yang dilaporkan adalah di antara 3,000 hingga 3,500 kes. Namun pada akhir bulan Februari dan awal bulan Mac, kes denggi minggu yang dilaporkan menunjukkan pengurangan di mana pada minggu lepas bagi tempoh 1 hingga 7 Mac, sebanyak 2,656 kes dilaporkan.

Sehingga 7 Mac 2015, sebanyak 26,273 kes, berbanding 18,280 kes bagi tempoh yang sama tahun 2014 iaitu peningkatan sebanyak 43.7% (7,993 kes). Negeri Selangor menyumbang sebanyak 59% kes denggi di seluruh negara. Bagi kematian, sebanyak 71 kematian dilaporkan berbanding 35 kematian dalam tempoh yang sama tahun 2014, iaitu peningkatan sebanyak 102%.

KKM telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengurangkan kejadian kes pada masa ini. Salah satu tindakan bersepadu yang dilakukan oleh KKM ialah menjalankan aktiviti penguatkuasaan iaitu Ops Gempur Tapak Binaan di negeri Selangor. Hasil aktiviti Ops Gempur dari 10 Februari hingga 6 Mac 2015, mendapati daripada 102 tapak binaan yang telah diperiksa, sebanyak 87 atau 85% daripadanya mempunyai pembiakan serangga pembawa penyakit dan kesemuanya akan didakwa di mahkamah. Sebanyak 74 atau 73% tapak binaan telah diberi perintah penutupan untuk menjalankan kerja- kerja pembersihan.

IMG_2015-03-09 11:36:23Selain aktiviti penguatkuasaan, peranan agensi lain contohnya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) diperlukan terutama memastikan pemilik tapak binaan melantik Pest Control Operator (PCO) dan menjalankan aktiviti kawalan denggi di tapak binaan serta melaksanakan tindakan terhadap kontraktor yang mempunyai kes berulang. Tindakan yang telah diambil terhadap kontraktor oleh CIDB, perlu dikongsi dengan ahli jawatankuasa ini. Pada masa situasi Denggi yang kritikal ini, mana-mana agensi yang mempunyai bidang kuasa untuk meminta pemilik tapak binaan menjalankan aktiviti Kawalan Denggi diseru untuk membantu KKM.

IMG_2015-03-09 11:36:11KKM masih meneruskan melaksanakan teknik semburan baru dalam kawalan nyamuk Aedes iaitu Outdoor Residual Spray (ORS) dan sebanyak 33 kawasan hotspots telah dilaksanakan semburan ORS sejak ianya dimulakan pada 11 Februari 2015 di daerah Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang. Dua minggu selepas ORS dilaksanakan, hasilnya jumlah lokaliti wabak di Selangor dapat dikurangkan iaitu dari 783 lokaliti wabak pada 1 Mac 2015 kepada 705 lokaliti wabak pada 7 Mac 2015, iaitu pengurangan sebanyak 10% lokaliti wabak dalam tempoh seminggu. Bagi tempoh sama jumlah hotspots juga menurun di Selangor dari 256 hotspots kepada 223 hotspots, pengurangan 13% hotspots seminggu. Diharapkan ianya akan terus memberi impak positif kepada negeri bermasalah denggi seperti Selangor.

IMG_2015-03-09 11:35:56KKM mengalakkan Kementerian-kementerian lain untuk melakukan aktiviti pencegahan bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes. Tindakan oleh kementerian masing-masing dalam menjalankan aktiviti pencegahan di tempat kerja juga mesti dipantau.

IMG_2015-03-09 11:36:01Sempena dengan cuti persekolahan penggal pertama yang akan bermula pada 14 Mac hingga 22 Mac 2015, KKM menyeru pihak Kementerian Pendidikan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan denggi di semua sekolah di seluruh negara dengan memastikan tiada tempat-tempat berpotensi untuk pembiakan Aedes misalnya alas pasu bunga, kolam rekreasi, pam tandas dan sebagainya. Tempat-tempat berpotensi tersebut hendaklah diletakkan bahan pembunuh jentik-jentik (abate).

IMG_2015-03-09 11:36:06

Saya berharap mesyuarat ini akan dapat memperkukuhkan aktiviti kawalan denggi secara bersepadu. Peranan agensi lain amat diperlukan dan diharap agensi lain tampil memberikan cadangan dan bersama-sama menjalankan aktiviti pencegahan Denggi di bidang kuasa masing masing.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

9 Mac 2015

IMG_2015-03-09 11:36:17

IMG_2015-03-09 11:35:48
Kursus Denggi percuma anjuran MIMPA di Fakulti Alam Bina, UM. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Sumber: FB Malaysian Integrated Medical Professionals Association

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s