KKM masih terus melaksanakan teknik semburan baru dalam kawalan nyamuk Aedes iaitu Outdoor Residual Spray (ORS) dengan sebanyak 33 kawasan hotspots telah dilaksanakan semburan ORS sejak ianya dimulakan pada 11 Februari 2015 di daerah Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang.
Hasilnya, selepas dua minggu ORS dilaksanakan jumlah lokaliti wabak di Selangor dapat dikurangkan iaitu daripada 783 lokaliti wabak pada 1 Mac 2015 kepada 705 lokaliti wabak pada 7 Mac 2015, iaitu pengurangan sebanyak 10% lokaliti wabak dalam tempoh seminggu. Bagi tempoh sama, jumlah hotspots juga menurun di Selangor daripada 256 hotspots kepada 223 hotspots, iaitu pengurangan 13% hotspots seminggu. Diharapkan ianya akan terus memberi impak positif kepada negeri yang bermasalah denggi seperti Selangor.
Pihak Institiut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga sedang mencari kaedah dan syarikat yang berupaya mengeluarkan cat yang mengandungi deltamethrin atau racun serangga yang boleh membunuh nyamuk apabila nyamuk ini berehat di dinding dan bersentuhan dengan cat ini.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
11 Mac 2015
Categories: Communicable disease, Dengue