Warga Dunia Semakin Tua!

Screenshot 2015-03-11 20.34.11

Penduduk dunia sedang menua (ageing). Dengan jangka hayat semakin meningkat, bilangan sebenar warga emas pun semakin meningkat. Oleh kerana kadar kelahiran menurun, kadar (ratio) populasi warga emas meningkat dengan cepatnya.

Screenshot 2015-03-11 20.56.24

Pada tahun 2004, terdapat kira-kira 600 juta warga emas di seluruh dunia. Jumlah ini akan meningkat dua kali ganda pada tahun 2025 dan dijangka akan terus meningkat kepada dua ribu juta pada tahun 2050. Pada ketika itu juga, dijangka bilangan warga emas akan melebihi bilangan mereka yang berumur 15 tahun ke bawah. Ia akan menjadi sejarah dunia!

Majoriti warga emas ini berada di negara-negara yang sedang membangun yang tidak membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi fenomena penuaan penduduk.

Screenshot 2015-03-11 20.53.22

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Kawasan Pasific Barat dalam laporannya “The Health of Older People in Selected Countries of the Western Pacific Region, 2014” antaranya menyatakan bahawa:

  • 87% warga emas di Malaysia mempunyai masalah-masalah kesihatan dalam kategori penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases).
  • Untuk mendapatkan taraf kesihatan yang optima di kalangan warga emas, ianya memerlukan tindakan daripada pelbagai agensi, serta pelbagai strategi antaranya perkhidmatan kesihatan, persekitaran yang mesra warga emas, perumahan dan pengangkutan, perlindungan sosial (social protection) serta lain-lain polisi serta infrastruktur yang “menyokong” (supportive).

Screenshot 2015-03-11 20.59.27

Bagi menangani isu penuaan penduduk, khususnya dari impak kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas kira-kira 18 tahun lalu iaitu pada tahun 1996 dalam Rancangan Malaysia Ke Tujuh. Ianya dimulakan dengan empat buah klinik kesihatan dan sebuah hospital yang mempunyai unit geriatrik. Sehingga kini, kesemua klinik kesihatan telah melaksanakan perkhidmatan ini dan sembilan buah hospital KKM telah mempunyai resident ataupun visiting geriatrician.

Daripada segi kepakaran sumber manusia pula:

  1. 23 geriatricians di seluruh negara – 10 dengan KKM, tujuh di universiti dan enam perkhidmatan swasta.
  2. 11 psychogeriatricians – lapan dengan KKM dan tiga di universiti.
  3. Empat orang pakar perubatan keluarga telah menjalankan pengajian lanjut dalam community geriatric.
  4. Lima Medical Gerontologist iaitu pegawai perubatan yang mempunyai sarjana ataupun PHD dalam bidang gerontologi.
  5. Lebih daripada 300 orang jururawat serta penolong pegawai perubatan telah menjalani Kursus Pos-basik Perawatan Gerontologi.

Analisis awal Kementerian mendapati sehingga Disember 2014, sebanyak 71.7% (hampir 1.8 juta) warga emas telah didaftarkan di klinik-klinik kesihatan kerajaan.

Anggaran jumlah penduduk warga emas pada tahun berkenaan adalah seramai kira-kira 2.54 juta orang. Ini bermakna hampir 700 ribu warga emas masih belum pernah datang ke klinik-klinik kesihatan kerajaan dan tidak pernah mengetahui atau memeriksa status kesihatan mereka. Ini adalah membimbangkan kerana warga emas mempunyai risiko serta morbiditi yang tinggi.

Lima morbiditi utama dalam kalangan warga emas yang baru didaftar di klinik kesihatan KKM sepanjang tahun 2014, adalah 2% menghidap hipertensi, Diabetes mellitus 15.3%, masalah sendi 9.3%, masalah mata 4% dan masalah pergigian 1%.

Sehubungan dengan itu, masyarakat diseru untuk menggembeling tenaga dalam usaha meningkatkan lagi kualiti kehidupan warga emas dengan bersama-sama kita menggalakkan golongan ini mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik kesihatan. Kerjasama serta penggembelingan tenaga ini adalah amat perlu kerana ianya mendukung hasrat murni Dasar Warga Emas Negara dan Dasar Kesihatan Warga Emas serta Laporan WHO seperti yang dinyatakan tadi.

KKM juga telah memohon kerjasama Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mewar-warkan kepada pesara agar pesara kerajaan melakukan pemeriksaan kesihatan di mana-mana klinik kesihatan KKM.

KKM begitu komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada warga emas. Selain daripada perkhidmatan statik, iaitu perkhidmatan di klinik-klinik kesihatan serta hospital, KKM juga menyediakan perkhidmatan di luar daripada premis ini, iaitu outreach program termasuk di institusi-institusi jagaan warga emas serta Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (Domicilliary Healthcare Service).

Unit Kesihatan Warga Emas, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga,

Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s