Healthy eating

MAJLIS PERASMIAN “HARI KESIHATAN KARDIOVASKULAR…DI SINI LAHIRNYA WARGA SIHAT DAN CEMERLANG”  

IMG_2015-03-13 19:46:34Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Blok E1, Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan dan Bahagian Perkembangan Perubatan dengan kerjasama Hospital Serdang di atas jemputan untuk merasmikan Hari Kesihatan Kardiovaskular ini yang bertemakan “Di Sini Lahirnya Warga Sihat Dan Cemerlang”.

IMG_2015-03-13 19:46:47 IMG_2015-03-13 19:46:24 IMG_2015-03-13 19:46:19 IMG_2015-03-13 19:46:15

Tahun 2015 telah membuka lembaran baru bagi seluruh warga kerja Ibu Pejabat KKM kerana buat julung kalinya kita mengadakan Hari Kesihatan yang memberi penekanan khusus kepada penyakit kardiovaskular. Saya percaya bahawa sebelum kita memberi rawatan kesihatan kepada masyarakat, kita sebagai petugas kesihatan atau healthcare provider yang utama di negara ini perlu menitik-beratkan kesihatan diri kita sendiri. Dengan kesihatan yang baik iaitu dari aspek fizikal dan mental, akan lahirlah warga kerja yang sihat dan cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai penjawat awam.

Screenshot 2015-03-02 21.05.26Statistik menunjukkan bahawa sungguhpun penyakit yang melibatkan sistem salur darah dan kardiovaskular atau penyakit jantung hanya merupakan penyebab kelima kemasukan ke hospital KKM dan swasta pada tahun 2013 iaitu sebanyak 7.53%; penyakit ini merupakan penyebab kematian  di hospital yang paling utama pada tahun tersebut iaitu sebanyak 24.71% daripada jumlah kematian. Ini menunjukkan bahawa penyakit jantung atau kardiovaskular  yang kadang kala disebut sebagai “silent killer” merupakan penyakit yang perlu diambil serius kerana ia boleh membawa maut jika tidak dikesan dari awal.

Screenshot 2015-03-02 21.04.38Di Hospital Serdang sahaja  yang merupakan Pusat Rujukan Perkhidmatan Jantung KKM contohnya telah menerima 15,509 orang pesakit luar dan 6,436 pesakit dalam untuk mendapat rawatan jantung pada tahun 2014.  Secara purata sebanyak 536 pesakit dimasukkan ke wad di Hospital Serdang atas sebab penyakit berkaitan jantung setiap bulan. Jika diambil kira mereka yang menjalani rawatan di Pusat Rawatan Harian dan pelbagai jenis prosedur invasif serta tidak invasif yang berkaitan jantung; jumlahnya pada tahun 2014 adalah sebanyak 47,694 orang.

Kita sebagai warga Kementerian Kesihatan yang merupakan sumber rujukan kepada mereka yang menghidapi masalah kesihatan sepatutnya menjadi “role model” atau “contoh” kepada pekerja lain dan rakyat dari segi penjagaan kesihatan diri.  Ini bukanlah sesuatu yang mudah dan merupakan cabaran kepada anggota Kementerian Kesihatan kerana ciri pekerjaan yang “stressful”, kurang menjalankan aktiviti fizikal, banyak menggunakan komputer, sering bermesyuarat  dan melakukan program di hotel yang kebiasaanya dihidangkan dengan makanan yang “agak kurang sihat”. Akibatnya pekerja mengalami “stress” di tempat kerja, mengalami masalah lenguh otot, “strain” mata, lebih berat badan dan merokok.

Screenshot 2015-03-02 21.03.45Sebagai contoh pemeriksaan kesihatan bagi anggota  berumur 40 tahun ke atas yang telah dijalankan di Program Perubatan KKM mendapati bahawa lebih dari 50% anggota diklasifikasikan sebagai pra-obese atau obese.  Ini merupakan satu situasi yang membimbangkan kerana obesiti merupakan faktor risiko kepada pelbagai masalah kesihatan termasuklah penyakit kardiovaskular. Oleh itu kita semua perlulah segera mengubah gaya hidup kita kepada yang lebih sihat seperti memilih makanan yang lebih sihat. Satu contoh yang paling mudah ialah mengamalkan aktiviti “turun-naik tangga” semasa di pejabat dan mengurangkan penggunaan lif.

IMG_2015-03-13 19:46:52 IMG_2015-03-13 19:46:10 IMG_2015-03-13 19:46:04 IMG_2015-03-13 19:45:57 IMG_2015-03-13 19:45:46

Menyedari tentang kepentingan melakukan pengesanan awal penyakit kardiovaskular ini, pihak Pengurusan dan Wakil Pekerja Ibu Pejabat  KKM dengan kerjasama Hospital Serdang telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Hari Kesihatan Kardiovaskular ini. Objektif utama ialah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan kepada warga KKM seperti tekanan darah, BMI, tahap kolesterol, paras gula dalam darah yang seterusnya membolehkan kita menilai risiko penyakit kardiovaskular seseorang individu.

Selain dari itu,  pendidikan kesihatan dalam bentuk sesi ceramah serta pameran kesihatan turut diadakan seperti  stress di tempat kerja, pemakanan sihat, pembedahan jantung, rehabilitasi bagi mereka yang menjalani pembedahan jantung dan lain-lain lagi. Bagi mereka yang belum lagi melakukan ikrar untuk menderma organ, boleh juga berbuat demikian. Sesi demonstrasi bantuan kecemasan juga akan turut diadakan oleh anggota kita dari Hospital Serdang.

IMG_2015-03-13 19:45:41 IMG_2015-03-13 19:45:37IMG_2015-03-13 19:44:59 IMG_2015-03-13 19:44:50 IMG_2015-03-13 19:44:43
IMG_2015-03-13 19:45:27Saya juga dimaklumkan bahawa pemeriksaan echocardiogram turut akan dijalankan kepada mereka yang berisiko serta berumur 40 tahun dan ke atas.  Ini merupakan satu pemeriksaan yang sangat khusus dan kebiasaannya hanya akan dilakukan bagi mereka yang telah disahkan menghidapi penyakit jantung. Oleh itu, saya menyeru warga KKM untuk mengambil “peluang” yang amat istimewa diberikan oleh kumpulan pakar-pakar kita dari Hospital Serdang dengan kerjasama petugas-petugas dari KKM untuk menjalani saringan kesihatan ini serta mendapat pelbagai pengetahuan penting berkenaan penyakit kardiovaskular serta kaedah pencegahannya.

Sebagai kementerian yang mendokong Visi Kesihatan Negara iaitu “Negara Menggembeleng Tenaga Ke Arah Kesihatan Yang Lebih Baik”,  Kementerian Kesihatan mempunyai aspirasi supaya setiap individu menghargai kesihatan sebagai satu aset yang paling berharga. Seringkali kesihatan kita tidak diberikan keutamaan yang sepatutnya sehinggalah  apabila kita sendiri telah jatuh sakit. Oleh itu sebelum terlewat, ingatlah pesanan hikmah ini iaitu “Ingatlah 5 perkara sebelum terjadi 5 perkara iaitu: sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, waktu lapang sebelum sibuk, kenyang sebelum lapar dan hidup sebelum mati”.  Setiap individu perlu mengambil tanggungjawab dan bertindak positif dalam usaha memastikan kesihatan diri.

IMG_2015-03-13 19:44:15 IMG_2015-03-13 19:45:17 IMG_2015-03-13 19:45:11 IMG_2015-03-13 19:45:06 IMG_2015-03-13 19:44:38 IMG_2015-03-13 19:44:27 IMG_2015-03-13 19:44:21

IMG_2015-03-13 19:44:32Akhir sekali, saya ingin mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Penganjur yang terdiri daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Blok E1, Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan MBJ, Bahagian Perkembangan Perubatan, Hospital Serdang serta semua yang terlibat dalam menyumbang  kepakaran, tenaga dan masa mereka dalam menjayakan Hari Kesihatan ini. Diharap konsep pemeriksaan kesihatan kardiovaskular “at your door step” ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga kerja Ibu Pejabat KKM.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

13 Mac 2015

IMG_2015-03-13 19:44:00

IMG_2015-03-13 19:43:13

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s