KEJADIAN KLUSTER ILI (INFLUENZA LIKE ILLNESS) DI KALANGAN JEMAAH MENGERJAKAN UMRAH DARI DAERAH PADANG TERAP, KEDAH

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 

KEJADIAN KLUSTER ILI (INFLUENZA LIKE ILLNESS) DI KALANGAN JEMAAH UMRAH

DARI DAERAH PADANG TERAP, KEDAH

mers-cov

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan kejadian kluster ILI di kalangan empat puluh sembilan (49) jemaah mengerjakan umrah daripada Daerah Padang Terap Kedah yang pulang melalui KLIA pada 22 Mac 2015.

Pada 23 hb Mac 2015, seramai lima belas (15) daripada 49 jemaah yang menjalankan ibadah umrah yang diuruskan oleh Agensi Pelancongan yang sama telah mendapat rawatan di Bahagian Kecemasan Hospital Kuala Nerang di Daerah Padang Terap. Daripada 15 jemaah yang menerima rawatan, 13 jemaah dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar manakala dua (2) jemaah dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang.

MERS-VirusKesemua 13 jemaah yang dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sultanah Bahiyah II (Hospital Alor Setar lama). Kesemua 13 jemaah tersebut telah mendapat rawatan sewajarnya dan di bawah penjagaan Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit. Hasil pemeriksaan pakar mendapati daripada 13 jemaah tersebut, lapan (8) menghidap gejala ILI serta tanda-tanda jangkitan radang paru-paru (pneumonia) manakala lima (5) jemaah hanya menghidap gejala URTI (Upper respiratory tract infection). Namun kesemuanya berada dalam keadaan stabil dan ujian makmal oleh Hospital Sultanah Bahiyah bagi jangkitan MERS-CoV (Middle East Respiratory Syndrome-Coronavirus) adalah negatif.

Bx5pl3KCYAAHqzJ.jpg-largeSehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati rakyat Malaysia yang berkunjung ke Tanah Suci untuk mengambil langkah-langkah berikut;

  1. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer) terutamanya selepas batuk, bersin atau bersalaman;
  2. Di sepanjang tempoh lawatan, sentiasa bawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan bila perlu;
  3. Memandangkan kejadian MERS-CoV masih dilaporkan berlaku oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) maka agensi-agensi pelancongan serta orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengunjungi atau mengadakan lawatan ke ladang haiwan terutama ladang unta.
  4. Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan memakan daging unta, meminum susu atau menjamah apa-apa hasil daripada unta.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

24 Mac 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s