KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
PERSEDIAAN KE ARAH PENGUATKUASAAN
AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2013 [Akta 756]

Layari portal Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari untuk maklumat lanjut
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini dalam persiapan ke arah penguatkuasaan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2013 [Akta 756] pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia. Akta 756 mewajibkan semua pengamal perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) yang mengamal bidang amalan diiktiraf untuk berdaftar dengan Majlis PT&K yang akan ditubuhkan apabila Akta 756 dikuatkuasakan kelak.

Klik di sini untuk muat turun salinan penuh Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari
Pihak KKM ingin menarik perhatian umum kepada subseksyen 63(3) Akta 756 berkaitan Peruntukan Peralihan yang menyatakan bahawa ‘Mana-mana pengamal yang berdaftar dengan badan pengamal yang sebelum permulaan kuatkuasa Akta ini menjalankan atau melaksanakan fungsinya sebagai sebuah badan yang mengawal bidang amalan hendaklah memohon untuk didaftarkan di bawah Akta ini dan hendaklah dikecualikan daripada seksyen 22’ (pendaftaran sementara).
Pihak KKM telah mengenalpasti lapan Badan Pengamal untuk membantu dalam urusan swa-kawal (self-regulation) pengamal PT&K mengikut bidang amalan masing-masing. Oleh itu, mana-mana pengamal yang ingin mendaftar sebagai pengamal PT&K dalam bidang amalan diiktiraf adalah disarankan untuk menyertai Badan Pengamal yang dilantik oleh KKM sebelum Akta 756 dikuatkuasakan.
Senarai Badan Pengamal yang berdaftar dengan KKM boleh dicapai melalui pautan http://tcm.moh.gov.my/v4/bmelayu/modules/mastop_publish/?tac=39.
Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
14 Mei 2015
Categories: Medical profession, Press
1 reply »