OPERASI WAWASAN KHAS: PROSES DISASTER VICTIM IDENTIFICATION

KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

OPERASI WAWASAN KHAS

12b0f7a01ed14f1fa5a05a7945677625_18-685x320
Photo from The Malaysian Times
  1. Merujuk kepada kes penemuan mayat di kawasan Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis, pihak PDRM telah menemui beberapa kubur lama yang mengandungi rangka-rangka dipercayai rangka manusia (disyaki pendatang-pendatang tanpa izin) semasa Ops Wawasan Khas di sempadan Malaysia / Thailand. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah dipanggil bagi membantu dan bekerjasama dengan pihak-pihak lain yang terbabit khususnya bagi proses Disaster Victim Identification (DVI).
  1. Pasukan DVI KKM telah digerakkan dari seluruh negara sejak 27 Mei 2015 dan diterajui oleh Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik KKM. Dua pasukan telah ditubuhkan iaitu Pasukan CSI-DVI yang ditempatkan di kawasan penemuan (recovery site) bagi membantu proses pengumpulan spesimen dan Pasukan PM-DVI yang ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah yang akan melakukan proses bedah siasat ke atas mayat.

    mass_graves_exhume_2705_620_413_100
    Photo from The Malay Mail
  1. Proses bedah siasat akan dilakukan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar yang akan melibatkan beberapa pasukan kecil lagi yang terdiri daripada pasukan Anthropology, Odontology, Radiology dan DNA. Pasukan-pasukan ini dianggotai oleh Pakar-pakar dari pelbagai disiplin yang terbabit (Perubatan Forensik, Sains Forensik, Pergigian Forensik, Radiologi dan DNA) dan dibantu oleh Pegawai-pegawai Perubatan and anggota Paramedik yang lain. Sampel yang dikutip dari proses bedah siasat tersebut akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian DNA.
  1. Proses bedah siasat akan dimulakan pada 7 Jun 2015 iaitu sejurus selepas pihak KKM menerima 20 body bags dari kawasan penemuan. Proses pengangkutan body bags ini ke tempat bedah siasat akan diuruskan oleh pihak PDRM. Apabila ianya bermula, 3 proses bedah siasat boleh dilakukan secara serentak bagi mempercepatkan proses pengenalpastian mayat. Anggota akan digilir-gilirkan setiap minggu.
  1. Sehingga 28 Mei 2015, sebanyak 15 body bags telah diterima oleh Hospital Sultanah Bahiyah dan kini ditempatkan di peti sejuk bilik mayat hospital tersebut. Namun begitu, pihak PDRM juga akan menyediakan cold storage container bagi membolehkan lebih banyak mayat disimpan di hospital tersebut untuk tujuan bedah siasat. Proses penyempurnaan mayat selepas selesai bedah siasat akan diuruskan oleh PDRM dengan kerjasama Majlis Agama Islam negeri-negeri terbabit.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Menteri Kesihatan Malaysia

29 Mei 2015

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s