Food Safety

ISU BUAH DURIAN YANG TERCEMAR DENGAN BAHAN KIMIA BERACUN

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

ISU BUAH DURIAN YANG TERCEMAR DENGAN BAHAN KIMIA BERACUN

 durian

Kementerian Kesihatan mengambil maklum dakwaan buah durian yang dicelup dengan sejenis bahan kimia beracun yang didakwa boleh membahayakan kesihatan seperti yang menjadi viral melalui ”whatsApp” dan juga disiarkan dalam media sejak kebelakangan ini. Bahan kimia yang digunakan dikatakan boleh memanjangkan jangka hayat serta memelihara kesegaran buah durian berkenaan sebelum dijual di pasaran.

Kementerian Kesihatan memandang serius isu ini. Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas makanan di pasaran tempatan serta yang diimport bagi memastikan makanan berkenaan adalah selamat. Sehingga kini, hasil pemantauan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan ke atas durian di pasaran tempatan termasuk yang diimport mendapati bahawa tiada sampel yang dikesan mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan.

KKM berharap dengan penjelasan ini, orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran adalah selamat.

Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh memaklumkan Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

1 Jun 2015

Categories: Food Safety, Press

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s