KES DENGGI DIJANGKA MEMUNCAK PADA AKHIR RAMADHAN & AWAL SYAWAL

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

PENINGKATAN BERTERUSAN KES DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

(Bagi Minggu 22 tahun 2015 dari 31 Mei hingga 6 Jun 2015)

Tren kes denggi di seluruh negara masih menunjukkan peningkatan sejak 3 minggu lepas. Pada minggu ke-22 iaitu bagi tempoh 31 Mei hingga 6 Jun, jumlah kes yang dilaporkan 8% lebih tinggi dari minggu sebelumnya di mana sebanyak 2,201 kes dilaporkan berbanding dengan hanya 2,042 kes pada minggu ke-21. Terdapat tujuh (7) negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Selangor 114 kes (9.9%), Melaka 46 kes (191.7%), Pahang 27 kes (112.5%), WP Kuala Lumpur & Putrajaya 24 kes (16.4%), Negeri Sembilan 7 kes (29.2%), Kedah 5 kes (26.3%) dan Johor 5 kes (112.%). Dari Januari hingga 6 Jun 2015, jumlah kumulatif kes denggi adalah 49,313 kes iaitu peningkatan sebanyak 34% (12,488 kes) berbanding dengan 36,825 kes untuk tempoh yang sama tahun 2014.

Screenshot 2015-06-12 14.30.07

Perubahan tren dan peningkatan kes ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut :

  1. Perubahan serotaip virus denggi (serotype shift) pada hujung bulan April yang boleh menyebabkan peningkatan kes dan kematian beberapa bulan selepas itu.
  2. Cyclical pattern atau tren kes denggi pada tahun sebelumnya menunjukkan peningkatan kes puncak berlaku dari bulan Julai hingga September. Berdasarkan tren yang ditunjukkan sekarang, kes dijangka memuncak pada penghujung bulan Ramadhan dan awal bulan Syawal.
  3. Persekitaran yang tidak bersih iaitu kadar pembiakan aedes yang masih tinggi dengan purata 2% setiap minggu, melebihi paras sensitif iaitu < 1%. Ini menunjukkan populasi nyamuk yang menyebarkan virus denggi di kalangan komuniti juga masih tinggi

Jumlah kematian denggi meningkat 100% pada tahun ini, di mana dari Januari hingga 6 Jun 2015 terdapat 144 kematian dilaporkan berbanding dengan 72 kematian pada tempoh sama 2014. Komplikasi demam denggi seperti kegagalan fungsi organ hati dan buah pinggang serta shock syndrome lebih kerap berlaku pada pesakit yang dijangkiti penyakit demam denggi.

Screenshot 2015-06-12 14.32.24Bagi tempoh yang sama, jumlah lokaliti wabak dan hot spot turut meningkat yang mana dari 725 lokaliti wabak pada minggu ke-21 kepada 793 lokaliti wabak pada minggu ke-22 iaitu dengan peningkatan 9% seminggu. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 84 lokaliti hot spot dilaporkan iaitu sebanyak 69 hot spot adalah di Selangor, 7 hot spot di Pulau Pinang, 6 hot spot di Perak, dan 2 hot spot di Johor.

Dengan peningkatan tren kes denggi yang membimbangkan, tindakan bersama oleh KKM, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi lain telah dilaksanakan secara bersepadu untuk mengurangkan kejadian kes pada masa ini. Antara tindakan bersepadu yang dilakukan ialah :

  1. Menjalankan aktiviti penguatkuasaan iaitu Ops Tempur Binaan Aedes di tapak binaan pada 10 Februari hingga 7 Jun 2015 di negeri Selangor. Hasil daripada Ops Tempur Tapak Binaan yang telah dijalankan sebanyak 131 tapak binaan telah diperiksa dan 113 (86%) tapak binaan mempunyai pembiakan nyamuk Aedes dan 94 daripadanya telah diberi perintah penutupan. Di samping itu, bagi 113 tapak binaan yang didapati positif pembiakan nyamuk kesemuanya akan didakwa di mahkamah.
  2. Selain itu langkah kawalan bersepadu di antara KKM dan Pihak Berkuasa Tempatan telah dilaksanakan di antara 8 hingga 14 Jun 2015 di negeri Selangor, di mana fogging secara besar-besaran dan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan telah dilakukan pada waktu tersebut.

Kesedaran masyarakat dan semua pihak untuk melaksanakan tindakan “cari dan musnah” tempat pembiakan Aedes setiap minggu akan dapat mencegah daripada kes dan kematian denggi terus meningkat. Semua pihak perlulah bertindak segera memulakan aktiviti membersihkan persekitaran dalam dan luar rumah atau premis masing-masing dari sekarang.

Kementerian Kesihatan akan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan dan bagi premis tapak binaan yang dijumpai positif pembiakan akan diarahkan tutup selama 2 minggu. Manakala premis kediaman atau orang awam yang dijumpai membiak Aedes akan dikenakan kompaun maksima RM 500.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

12 JUN 2015

 Screenshot 2015-06-12 14.35.55 Screenshot 2015-06-12 14.36.08 Screenshot 2015-06-12 14.36.19 Screenshot 2015-06-12 14.36.30

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s