PENYARINGAN BUNGKUSAN UBAT-UBATAN DAN KOSMETIK DEMI MELINDUNGI KESELAMATAN ORANG RAMAI

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN

PENYARINGAN BUNGKUSAN YANG MENGANDUNGI UBAT-UBATAN DAN KOSMETIK

Screenshot 2015-06-15 06.47.13
Orang ramai juga boleh menyemak status sesuatu keluaran melalui laman sesawang www.pharmacy.gov.my atau www.bpfk.gov.my
  1. Salah satu tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ialah untuk memastikan keluaran untuk rawatan perubatan, suplemen kesihatan, ubat tradisional dan kosmetik yang diimport dan dijual di pasaran adalah selamat, berkualiti dan memberi kesan sebagaimana yang dituntut. Antara langkah yang diambil untuk melindungi orang ramai ialah melalui penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (PKDK). PKDK menetapkan hanya keluaran yang berdaftar dan pengimport yang diberi Lesen Mengimport sahaja yang dibenarkan mengimport keluaran ke Malaysia. Secara amnya, orang ramai tidak dibenarkan mengimport ubat-ubatan yang tidak berdaftar sama ada melalui pos atau kurier.
  2. Peraturan ini adalah bagi melindungi orang ramai daripada peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab yang menawarkan dalam laman sesawang mereka ubat-ubatan dan kosmetik terutamanya ubat perangsang seksual dan pelangsing badan yang mungkin dicampur dengan bahan aktif yang tidak dibenarkan atau memerlukan preskripsi pengamal perubatan.
  3. Semenjak peraturan ini diwartakan, sebanyak 48,145 jenis ubat terkawal, suplemen kesihatan dan ubat tradisional telah didaftarkan di Malaysia. Kuantiti ini mencukupi untuk mendiagnosis, mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit. Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya hanya menggunakan ubat yang berdaftar dengan KKM serta mendapatkan nasihat pengamal perubatan atau ahli farmasi sebelum menggunakan sesuatu ubat.
  4. KKM secara berterusan melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjual produk kesihatan, saringan dan pemeriksaan bagasi serta bungkusan pos dan kurier di semua pintu masuk. Ini dijalankan bagi memastikan orang ramai tidak terdedah dengan ubat tidak berdaftar dan ubat-ubat haram yang boleh membahayakan kesihatan dan menjejaskan kualiti hidup,
  5. Orang ramai yang pulang daripada luar negara pula hanya dibenarkan membawa bersama sebagai sebahagian daripada bagasi mereka apa-apa keluaran kesihatan bagi kegunaan sendiri atau untuk kegunaan salah seorang ahli keluarga dalam kuantiti yang tidak melebihi kegunaan seseorang untuk satu bulan.
  6. Pegawai-pegawai Penguatkuasa Farmasi yang menjalankan pemantauan terutamanya di pintu masuk utama, pejabat pos dan pelabuhan sentiasa menjalankan tugas secara profesional dan berpandu kepada peraturan-peraturan sedia ada. Pemantauan yang dijalankan melibatkan kerjasama antara KKM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan agen-agen kurier seperti Pos Malaysia. Pegawai Penguatkuasa Farmasi memainkan peranan sebagai penasihat teknikal dan sentiasa bertugas bersama dengan Pegawai Kastam dan Pegawai Pos bagi memastikan tugas dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Piawai dan peraturan yang dikuatkuasakan. KKM amat menghargai bantuan daripada semua pihak dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan demi kepentingan orang ramai.
  7. Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan mengenai pengimportan ubat-ubatan dan kosmetik, sila hubungi Bahagian Penguatkuasa Farmasi, KKM di talian 03-78413200 ataupun mana-mana pejabat Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri. Orang ramai juga boleh menyemak status sesuatu keluaran melalui laman sesawang www.pharmacy.gov.my atau www.bpfk.gov.my atau memuat turun secara percuma aplikasi telefon pintar android myHealth untuk menyemak status ubat-ubatan atau kosmetik.

Screenshot 2015-06-15 06.50.43

Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

15 Jun 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s