UBAT-UBATAN TIDAK BERDAFTAR BERNILAI RM830,663 DIRAMPAS DI SELURUH MALAYSIA SEPANJANG OPERASI PANGEA VIII 2015

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

UBAT-UBATAN TIDAK BERDAFTAR BERNILAI RM830,663 DIRAMPAS DI SELURUH MALAYSIA

SEPANJANG OPERASI PANGEA VIII 2015

Screenshot 2015-06-22 11.16.57
Operasi Pangea VIII dijalankan bersama INTERPOL
  1. Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama-sama dengan 236 agensi penguatkuasaan lain dari 115 buah negara telah mengambil bahagian dalam satu operasi antarabangsa yang dijalankan dari 9 hingga 16 Jun 2015 untuk menangani rangkaian jenayah di sebalik penjualan ubat-ubatan melalui internet. Hasil operasi tersebut, sebanyak 20.1 juta ubat-ubatan yang dipercayai boleh membahayakan pengguna bernilai kira-kira RM300.9 juta (USD 81.1 million) telah dirampas di seluruh dunia.
  1. Operasi Pangea VIII yang diselaraskan oleh Interpol adalah operasi berasaskan internet terbesar di peringkat antarabangsa dan melibatkan kerjasama agensi agensi penguatkuasaan di negara-negara yang turut serta dan organisasi swasta yang terlibat dalam perdagangan berasaskan internet. Operasi ini mensasarkan 3 aspek utama dalam permerdagangan ubat haram melalui internet iaitu pembekal perkhidmatan internet (ISP), sistem pembayaran elektronik dan perkhidmatan penghantaran. Penekanan turut diberikan ke atas aktiviti meningkatkan kesedaran pengguna tentang risiko dan bahaya pembelian ubat-ubatan secara atas talian

Screenshot 2015-06-22 11.18.49

  1. Hasil keseluruhan Operasi PANGEA VIII ini sebanyak 5,907 laman web dan laman sosial yang terlibat dengan penjualan ubat – ubatan tiruan dan tidak sah telah disiasat dan ditutup di seluruh dunia. Sebanyak 149,623 bungkusan pos dan kurier telah diperiksa oleh agensi-agensi penguatkuasaan di seluruh dunia di mana 50,068 daripadanya telah dirampas.
  1. Di Malaysia, operasi ini melibatkan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Cybersecurity Malaysia (CSM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Sebanyak 295 laman web dan laman sosial telah disiasat dan diambil tindakan kerana didapati menjual ubat-ubatan yang tidak berdaftar, dicampur racun mahupun kosmetik tidak bernotifikasi.
  1. Aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan melibatkan serbuan dan pemeriksaan ke atas penjual dan premis perniagaan yang terlibat. Pemeriksaan turut dijalankan di semua pintu masuk utama di seluruh negara melibatkan pusat mel dan kurier, lapangan terbang, pos sempadan, terminal feri dan sebagainya. Sepanjang tempoh operasi ini, sebanyak 45,317 bungkusan dan 130 premis telah diperiksa dengan nilai rampasan keseluruhan RM 830,663. Daripada jumlah tersebut 283 bungkusan pos dan kurier bernilai RM 405,833 turut dirampas. Antara produk utama yang dikesan dan dirampas adalah produk peransang seks, pelansing badan, kosmetik dan produk tradisional dicampur racun yang kebanyakannya tidak berdaftar dengan KKM.
  1. Walaupun Operasi Pangea VIII ini telah berakhir, namun Bahagian Penguatkuasa Farmasi, KKM akan meneruskan pemantauan dan aktiviti penguatkuasaan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna sentiasa terpelihara. Pengguna juga perlu mengambil pendekatan utama dalam memastikan ubat-ubatan yang dibeli adalah selamat, berkualiti dan berkesan. Pengguna dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan iklan atau testimoni di laman web ataupun penjual yang menawarkan ubat-ubatan dengan harga murah atau dengan tuntutan perubatan yang tidak munasabah. Sentiasa pastikan produk kesihatan yang hendak dibeli adalah produk berdaftar yang mempunyai Nombor Pendaftaran ‘MAL’ dan label Hologram Meditag.
  1. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau aduan berhubung penjualan ubat-ubatan, sila hubungi Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-78413200 atau mana-mana pejabat Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri.

Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

22 Jun 2015

Screenshot 2015-06-22 11.20.47

Screenshot 2015-06-22 11.21.02

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s