Communicable disease

Situasi Terkini Denggi di Malaysia… Jangan Leka!

Situasi Terkini Denggi di Malaysia…Jangan Leka!

IMG_2015-03-09 11:36:01

Sejak enam minggu yang lalu, iaitu bermula dari minggu epid ke-19, pemantauan KKM menunjukkan bahawa kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara terus menunjukkan peningkatan kes iaitu daripada 1,400 kes seminggu pada bulan April 2015 kepada purata 2,200 kes seminggu pada bulan Jun 2015. Bagi minggu ke-24 (14 Jun sehingga 20 Jun 2015), sebanyak 2,348 kes denggi dilaporkan dengan 6 kematian dilaporkan seminggu.

Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan dari Januari hingga 20 Jun 2015 adalah 53,823 kes berbanding dengan 40,208 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun 2014, peningkatan sebanyak 34% (13,615 kes). Manakala terdapat 158 kematian dilaporkan berbanding 78 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2014, meningkat sebanyak 80 kematian (103%).

KKM menjangkakan tren peningkatan kes denggi ini akan berterusan sehingga hujung tahun ini berdasarkan kepada perubahan serotype denggi (serotype shift) yang berlaku pada bulan April 2015 dan mengikut cyclical pattern pada tahun lepas.

Sehubungan itu, setiap kementerian dan agensi yang menganggotai Pasukan Petugas Khas Denggi ini perlu memainkan peranan yang lebih aktif dan mempertingkatkan lagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut :-

  1. Pihak KKM dan PBT memastikan aktiviti pencegahan dan kawalan bagi semua kes dan wabak dilaksanakan sepenuhnya.
  2. KPKT, SW (Solid Waste) CORP dan KKM perlu mengadakan Kempen-kempen Kebersihan Persekitaran yang visible di semua peringkat serta mengeluarkan Pelan Kebersihan Nasional dengan kadar segera, untuk dilaksanakan sebagai dasar oleh tujuh Kementerian dalam Jawatakuasa Mengenai Denggi Peringkat Kebangsaan.
  3. Di samping itu, PBT juga perlu memastikan kawasan-kawasan tumpuan awam terutama bazar-bazar Ramadhan dibersihkan mengikut setiap minggu bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes.
  4. KKM, CIDB dan DOSH meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terutama melibatkan tapak-tapak binaan di kawasan keutamaan satu (1).
  5. KKM juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta pihak lain yang berkaitan kerana telah memberikan slot untuk siaran aktiviti-aktiviti pencegahan denggi di stesen-stesen televisyen milik kerajaan e.g. RTM. Namun begitu ianya hendaklah disiarkan dengan lebih kerap dan semasa waktu siaran utama (prime time). Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Unit Komunikasi Korporat juga perlu berkongsi bahan-bahan pendidikan kesihatan yang terkini dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
  6. Selain itu, bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak kematian,YB Menteri Kesihatan telah mengarahkan agar para pakar klinikal mencari punca dan kaedah bagaimana untuk mengurangkan kematian denggi yang semakin meningkat dari aspek pengurusan kes denggi di peringkat hospital dan klinik kesihatan.Bagi pesakit-pesakit yang menunjukkan tanda-tanda amaran awal (warning signs) dan dengan tanda-tanda shock, perlu diberi keutamaan untuk mendapatkan rawatan dan pemantauan rapi samada dimasukkan terus ke HDU atau ICU atau wad khas denggi.

Adalah diharapkan melalui tindakan bersepadu Pasukan Petugas Khas Denggi dengan pelbagai Kementerian,  kita akan dapat mengurangkan kes dan kematian denggi yang semakin serius pada masa ini. Perkara ini telah dibuktikan seperti pada Julai hingga September 2014 di mana usaha bersepadu semua Kementerian telah dapat mengurangkan kes denggi. Usaha aktiviti pencegahan denggi ini hendaklah di lakukan secara konsistan dan berterusan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

22 Jun 2015

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s