Semua Pihak Perlu Terlibat Perangi Wabak Denggi!

MESYUARAT PASUKAN PETUGAS KHAS DENGGI

PERINGKAT KEMENTERIAN Bil.12/2015

PADA 1 JULAI 2015

IMG_2015-07-01 11:55:47Pemantauan KKM menunjukkan bahawa tren kes denggi di seluruh negara terus meningkat setiap minggu sejak enam minggu kebelakangan ini, iaitu bermula pada pertengahan bulan Mei 2015. Pada minggu lepas iaitu bagi tempoh 21 hingga 27 Jun 2015, sebanyak 2,710 kes telah dilaporkan iaitu terus menunjukkan peningkatan 15% berbanding dengan minggu sebelumnya (2,348 kes).

Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan dari Januari hingga 27 Jun, adalah 56,533 kes berbanding 42,229 kes bagi tempoh yang sama tahun 2014, iaitu peningkatan sebanyak 34% (14,304 kes). Manakala sebanyak 162 kematian dilaporkan berbanding 82 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2014, meningkat sebanyak 98% atau 80 kematian.

IMG_2015-07-01 11:56:37

IMG_2015-07-01 11:56:18

IMG_2015-07-01 11:56:31

IMG_2015-07-01 11:56:25

KKM menjangkakan tren peningkatan kes denggi ini akan berterusan sehingga hujung tahun ini berdasarkan kepada perubahan serotype denggi (serotype shift) yang berlaku pada bulan April 2015 dan mengikut cyclical pattern pada tahun lepas.

IMG_2015-07-01 11:55:59 IMG_2015-07-01 11:56:07 IMG_2015-07-01 11:56:12Sehubungan itu, setiap kementerian dan agensi yang menganggotai Pasukan Petugas Khas Denggi ini perlu memainkan peranan yang lebih aktif dan mempertingkatkan lagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut :-

  • KKM dan PBT memastikan aktiviti pencegahan dan kawalan bagi semua kes dan wabak dilaksanakan sepenuhnya.
  • KPKT, SWCORP dan KKM perlu mengadakan Kempen-kempen Kebersihan Persekitaran yang visible di semua peringkat serta mengeluarkan Pelan Kebersihan Nasional dengan kadar segera. Di samping itu, PBT juga perlu memastikan kawasan-kawasan tumpuan awam terutama bazar-bazar Ramadhan dibersihkan mengikut jadual bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes.
  • KKM, CIDB dan DOSH meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terutama melibatkan tapak-tapak binaan di kawasan keutamaan satu (1).
  • KKM juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana telah memberikan slot untuk siaran aktiviti-aktiviti pencegahan denggi di stesen-stesen televisyen milik kerajaan. Namun begitu ianya hendaklah disiarkan dengan lebih kerap dan semasa waktu siaran utama (prime time). Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Unit Komunikasi Korporat juga perlu berkongsi bahan-bahan pendidikan kesihatan yang terkini dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
  • Selain itu, bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak kematian, pengurusan kes denggi di peringkat hospital dan klinik kesihatan perlu dilaksanakan mengikut standard operating procedure yang ditetapkan. Bagi pesakit-pesakit yang menunjukkan tanda-tanda amaran awal (warning signs), mereka hendaklah dimasukkan terus ke HDU atau ICU atau wad khas denggi bagi pemantauan yang lebih rapi.

IMG_2015-07-01 12:07:25 IMG_2015-07-01 12:11:35

Saya berharap mesyuarat ini akan dapat memperkukuhkan aktiviti kawalan denggi secara bersepadu. Peranan agensi lain amat diperlukan dan berharap agensi lain tampil memberikan cadangan dan bersama-sama menjalankan aktiviti pencegahan Denggi di bidang kuasa masing-masing.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

1 Julai 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s