Pengurusan Sampah Penting Untuk Tangani Wabak Denggi

MESYUARAT PETUGAS KHAS DENGGI PERINGKAT KEMENTERIAN

PADA 8 Julai BIL 13/2015

IMG_9316

Daripada pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada minggu 26 tahun 2015 iaitu bagi tempoh 28 Jun sehingga 4 Julai 2015, sejumlah 2,832 kes dilaporkan berbanding dengan 2,710 kes pada minggu sebelumnya. Ini menunjukkan peningkatan kes yang berterusan dan meningkat sebanyak 5% pada minggu lepas. Dari Januari hingga 4 Julai 2015, jumlah kumulatif kes Denggi dilaporkan adalah 59,365 kes, berbanding 44,518 kes bagi tempoh yang sama tahun 2014, peningkatan sebanyak 4% (14,847 kes).

IMG_9318

IMG_9319

Pada masa yang sama, jumlah kumulatif kematian Denggi adalah sebanyak 165 kematian, berbanding 85 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2014, meningkat sebanyak 80 kematian (94%).

IMG_9321

IMG_9320

Pada cuti Hari Raya ini ramai orang akan pergi ke tempat umum seperti tempat membeli belah dan perhentian bas. Pembukaan tempat membeli pakaian di kawasan umum sehingga waktu tengah malam menjadi kebiasaan pada musim perayaan serta bazaar Ramadhan yang diadakan setiap hari di beberapa lokasi, menjadi tumpuan orang ramai. Sehubungan dengan itu Pihak Berkuasa Tempatan perlu melaksanakan aktiviti pencegahan seperti larvaciding dan semburan pencegahan (preventive fogging) di tempat tempat tumpuan awam dan memastikan sampah dikutip dan persekitaran bersih bagi mengelak pembiakan nyamuk aedes serta penyakit berjangkit yang lain.

IMG_9323 IMG_9335

Tren peningkatan kes denggi bagi 6 minggu ini menunjukkan corak yang sama pada tahun lepas. Oleh itu, kempen-kempen kebersihan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah sepatutnya telah dimulakan lebih awal bagi pencegahan peningkatan kes yang telah pun dijangka berlaku. Semua Kementerian seperti Kementerian Komunikasi Multimedia, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan, Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM hendaklah memastikan kempen ini dipergiatkan secara berterusan terutama sebelum cuti perayaan yang panjang akan datang. Mesej yang bersesuaian adalah penting agar tindakan pencegahan oleh masyarakat akan berkesan.
IMG_9343

Hasil dari lawatan YB Menteri Kesihatan ke Kampung Sungai Ara dan juga Flat Taman Taming Jaya mendapati isu pengurusan sampah di Selangor masih tidak diurus dengan baik. Terdapat banyak longgokan sampah yang tidak dikutip serta keadaan persekitaran yang kotor. Sehubungan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan dipohon untuk menyelesaikan isu ini bagi memastikan kawasaan persekitaran adalah bebas dari pembiakan Aedes.

IMG_9337 IMG_9338 IMG_9339 IMG_9340 IMG_9341 IMG_9342

IMG_9344Mesej kepada masyarakat agar tidak membuang sampah merata-rata harus diberi penekanan oleh semua Kementerian ke arah perubahan tingkahlaku rakyat Malaysia mengurus sampah secara berhemah.

Pelan Kebersihan Nasional juga perlu dikeluarkan sebelum pertengahan bulan Julai ini. Dengan adanya pelan ini aktiviti kebersihan dapat diselaraskan di semua Kementerian bersama dengan komitmen dari pengurusan tertinggi setiap Kementerian dan agensi terlibat.

Dalam situasi Denggi yang kritikal, saya berharap peranan Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Kebangsaan akan dapat melaksanakan tindakan bersepadu pencegahan secara konsistan dengan komitment yang tinggi di semua peringkat.

Sekian, terima kasih.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

8 Jun 2015

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s