Pastikan Rumah & Premis Anda Tidak Membiak Nyamuk Aedes Sebelum Balik Kampung Beraya!

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

Bagi Minggu 26 tahun 2015 (28 Jun sehingga 4 Julai 2015)

11536432_10152871344666237_3415459416224448027_o

Daripada pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada minggu ke-26, sebanyak 2,832 kes telah dilaporkan, iaitu meningkat 122 kes (4.5%) berbanding dengan minggu sebelumnya (2,710 kes). Peningkatan kes denggi yang amat ketara telah dapat dilihat semenjak 6 minggu kebelakangan ini. Jumlah kumulatif kes Denggi dari Januari hingga 4 Julai 2015 yang dilaporkan adalah 59,365 kes, berbanding 44,518 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2014, peningkatan sebanyak 33.4% (14,847 kes). Negeri Selangor merupakan penyumbang utama kepada kes demam denggi iaitu 58% daripada kes keseluruhannya. Manakala bagi tempoh yang sama, jumlah kumulatif kematian Denggi adalah sebanyak 165 kematian, berbanding 85 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2014, meningkat sebanyak 80 kematian (94.1%).

Screenshot 2015-07-09 15.20.58

KKM telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengurangkan kejadian kes denggi pada masa ini. Salah satu tindakan bersepadu yang dilakukan bersama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) ialah menjalankan aktiviti penguatkuasaan iaitu Ops Gempur Aedes di tapak binaan bermula dari 8 Jun hingga 16 Jun 2015 di negeri Selangor. Hasil Ops Gempur yang telah dijalankan mendapati sebanyak 52 tapak binaan (87%) daripada 60 tapak binaan yang telah diperiksa mempunyai pembiakan nyamuk Aedes dan kesemuanya akan didakwa di mahkamah. Manakala sebanyak 38 tapak binaan telah diarahkan tutup untuk menjalankan kerja- kerja pembersihan.

10534854_10152871343446237_5111282711661825113_o

Sempena dengan sambutan Hari Raya ini, ramai orang akan membeli-belah di kawasan umum sehingga waktu malam seperti yang menjadi kebiasaan pada musim perayaan. Di samping itu, bazaar Ramadhan yang diadakan setiap hari di beberapa lokasi pada waktu petang juga menjadi tumpuan orang ramai. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menyarankan agar setiap inidividu melindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes dengan memakai baju berlengan panjang atau seluar panjang dan menggunakan repelen apabila berada di luar rumah. Melindungi pesakit yang telah dijangkiti virus dan individu yang sihat daripada digigit nyamuk akan dapat mengurangkan transmisi virus daripada satu individu kepada individiu yang lain.

Para peniaga sama ada di bazaar Ramadhan atau kawasan gerai terbuka perlu menjaga kebersihaan di sekitar kedai mereka agar tiada tempat pembiakan Aedes. Pihak berkuasa tempatan juga diseru melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan nyamuk dan kutipan sampah yang berkala bagi mengelakkan pembiakan nyamuk di kawasan pengurusan mereka. Kerjasama PBT dan pelbagai agensi amat diperlukan bagi menangani masalah denggi yang semakin meruncing ini. Pengurusan sampah yang baik dapat mengelakkan pembiakan nyamuk dan sikap masyarakat yang membuang sampah merata-rata juga harus diubah bagi membantu menangani masalah pembiakan nyamuk aedes.

11091009_10152878249336237_7592770307512955757_o 11698879_10152878249521237_1412025484998545346_o 11698991_10152878250481237_618181432905790979_o 11709747_10152871344391237_2710959819953592433_o

Setiap individu hendaklah memeriksa dan menghapuskan tempat pembiakan Aedes di sekitar rumah masing-masing, sekurang-kurangnya  10 minit setiap minggu. Bagi mereka yang akan balik ke kampung, pastikan di dalam dan di luar rumah mereka tiada bekas ditinggalkan kosong kerana apabila hari hujan ianya boleh menjadi tempat pembiakan Aedes. Bekas air yang besar perlu diletakkan bahan pembunuh jentik-jentik setiap 2 minggu. Tindakan segera daripada masyarakat amat diperlukan bagi memastikan kejadian penyakit dapat dikawal dan dicegah daripada terus berlaku.

Para Pengamal Perubatan diminta memberi perhatian terhadap kes yang disyaki denggi dan merujuk kes segera ke hospital sekiranya diperlukan. Rawatan awal boleh mengelakkan komplikasi demam denggi dan menyelamatkan nyawa pesakit.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia

8 JULAI 2015

Screenshot 2015-07-09 15.21.11 Screenshot 2015-07-09 15.21.22 Screenshot 2015-07-09 15.21.33 Screenshot 2015-07-09 15.21.41 Screenshot 2015-07-09 15.21.55 Screenshot 2015-07-09 15.22.06 Screenshot 2015-07-09 15.22.18 Screenshot 2015-07-09 15.22.27 Screenshot 2015-07-09 15.22.37 Screenshot 2015-07-09 15.22.48 Screenshot 2015-07-09 15.22.58 Screenshot 2015-07-09 15.23.09 Screenshot 2015-07-09 15.23.19

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s