Ucapan Takziah buat Keluarga Allahyarhamah Dr Nur Afifah Mohd Ghazi

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 

UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGA

ALLAHYARHAMAH DR NUR AFIFAH MOHD GHAZI

11709833_10206455000787393_483776731307833119_n

Pada 8 Julai 2015 bersamaan 21 Ramadan 1436 Hijrah, kita telah dikejutkan dengan satu tragedi yang menyayatkan hati dengan kembalinya ke Rahmatullah Dr Nur Afifah Mohd Ghazi, seorang Pegawai Perubatan daripada Hospital Sungai Buloh. Allahyarhamah telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang setelah bertugas ‘on-call’ pada hari sebelumnya. Bagi pihak Kementerian Kesihatan, saya ingin menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan dengan para syuhada.

Pada pagi 9 Julai 2015, beberapa orang pegawai kanan dari Ibupejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya dan Hospital Sungai Buloh telah berpeluang untuk menziarahi keluarga Allahyarhamah di rumah kediaman keluarganya di Taman Sri Putra, Sungai Buloh. Daripada pertemuan dengan Mohd Hafizuddin Azman, suami kepada Allahyarhamah, memang tidak dinafikan Allahyarhamah bertugas ‘on-call’ bersama 5 orang rakan yang lain daripada Jabatan Anestisiologi. Dimaklumkan Allahyarhamah tidak terus pulang pada keesokan harinya setelah ‘passing over’ jam 8.00 pagi kerana beliau telah pun mempunyai rancangan untuk bertemu seseorang bersama suaminya pada tengah hari tersebut. Allahyarhamah hanya pulang sekitar jam 2.30 petang selepas selesai pertemuan yg dijanjikan. Sementara menunggu temujanji, beliau telah pun berehat di bilik ‘on-call’ yang disediakan.

Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu-isu yang dipertengahkan di mana ianya telah dikaitkan dengan peristiwa malang ini. Sememangnya tugasan seorang Pegawai Perubatan memang berat terutama apabila melaksanakan tugasan ‘on-call’ dan dalam kes ini, pihak pengurusan hospital telah pun berikhtiar memperbaiki keadaan persekitaran kerja dengan menjadualkan sehingga 6 orang Pegawai Perubatan daripada Jabatan Anestisiologi bertugas ‘on-call’ setiap hari. Tidak dinafikan kemalangan jalan raya mungkin terjadi disebabkan oleh keadaan seseorang yang kepenatan setelah melaksanakan tugasan yang berat, tetapi ianya boleh juga disebabkan faktor-faktor lain yang juga harus dipertimbangkan.

Walaubagaimapun, Kementerian Kesihatan mengambil maklum semua cadangan yang telah disarankan dan akan terus mengambil langkah-langkah penambahbaikan dari masa ke semasa. Semua fakta perlulah diteliti terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan itu dilaksanakan.

Innalillahi wa inna ilaihi roji’un

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia

10 Julai 2015    

Advertisements

One Comment Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s