Ayuh, Mari Menderma Darah!

11249769_10152905874771237_3613351912755969073_n

Derma Darah Selamatkan Nyawa

Pusat Darah Negara (PDN) dan kesemua tabung-tabung darah KKM telah mengambil langkah bersiap-sedia dengan meningkatkan stok darah bagi menjamin bekalan darah yang mencukupi sepanjang bulan Ramadhan dan awal bulan Syawal. Ini adalah kerana tren tahun-tahun sebelumnya menunjukkan bekalan darah menurun ketika bulan puasa dan sewaktu musim perayaan.

11796389_891157567635537_6003440904754391317_n

Dianggarkan sebelum bulan puasa iaitu pada 14 Jun 2015 sewaktu sambutan World Blood Donor Day, stok darah di seluruh negara telah melebihi 20,000 unit di mana 8,000 unit adalah stok PDN sendiri. Ini adalah jumlah yang jauh berbeza daripada biasa bagi PDN – iaitu pada tahap 3,500 unit yang dikenalpasti sebagai tahap selamat untuk kegunaan seminggu. Namun peningkatan penggunaan darah dan jangka hayat yang pendek bagi komponen darah terutamanya platelet telah menyebabkan stok menurun mendadak dan hampir mencecah paras kritikal iaitu 1,500 unit.

11218851_487299048097674_629460748371800882_n

Dianggarkan penggunaan darah meningkat sebanyak hampir 20% di kebanyakan hospital berbanding dengan sebelumnya adalah disebabkan oleh peningkatan kes pembedahan, kecemasan, kemalangan dan transplan di samping kegunaan pesakit yang memerlukan darah secara berkala seperti pesakit talasemia dan pesakit kanser. Pusat Darah Negara hanya ditutup pada Hari Raya pertama pada 17 Julai 2015 (Jumaat) dan mula beroperasi seperti biasa pada 18 Julai 2015. Pada minggu ini (20-25 Julai 2015), PDN mengadakan Minggu Apheresis bagi mempromosikan pendermaan apheresis yang juga menampung keperluan platelet dan Hari Pendermaan Darah Utuh (Whole Blood) pada 26 Julai 2015 (Ahad).

11698525_487425831418329_7606698369179961005_n

11702890_890929344325026_6732657375054322370_n

Buat masa sekarang, pendermaan darah adalah diperlukan untuk semua tabung darah di seluruh negara bagi menampung keperluan yang kritikal. Orang ramai boleh tampil untuk menderma darah di Pusat Darah Negara (PDN), Unit Bergerak Kempen Derma Darah atau Tabung Darah di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang berdekatan dengan penderma.

Berikut adalah waktu operasi di PDN:
Isnin hingga Jumaat – 7.30 pagi – 8.00 malam
Sabtu hingga Ahad – 8.00 pagi – 4.00 petang
Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang http://www.pdn.gov.my atau FB Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

11754601_846415255428872_3666010136873816021_o

11752502_846481698755561_4027521073463692566_n
Kempen Derma Darah Sabtu, 25 Julai 2015. Untuk makluman lanjut, layari FB Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia atau laman web Pusat Darah Negara
11209407_846481715422226_7556057854991574414_n
Kempen Derma Darah, Ahad 26 Julai 2015. Untuk makluman lanjut, layari FB Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia atau laman web Pusat Darah Negara

11216820_10152905921496237_5109332038044142378_n

11694831_884991081585519_548514882677687167_n

Kriteria sebagai Penderma Darah:

  • Sihat tubuh badan
  • Berumur :

a. Di antara 18-70 tahun untuk yang pernah menderma
b. Di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma
c. Bagi bakal penderma berusia 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga)

  • Berat badan 45kg dan ke atas
  • Tidur minimum 5 jam
  • Tiada masalah kesihatan
  • Telah mengambil makanan sebelum menderma darah
  • Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:

a. hubungan jenis sesama jantina
b. hubungan jenis dengan kedua-dua jantina
c. hubungan jenis dengan pekerja seks komersial
d. bertukar-tukar pasangan seks
e. mengambil dadah secara suntikan
f. menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas

  • Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
  • Bagi penderma wanita : tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak
  • Telah menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi bukan warganegara Malaysia)
  • Jangan menderma jika anda:

a. pernah tinggal di UK (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih
b. pernah tinggal di Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih

11695877_10152907432896237_8391980140921621760_n

Sokongan orang ramai yang layak sebagai penderma darah untuk tampil menderma darah, lebih-lebih lagi secara kerap dan berkala, adalah amat penting bagi memastikan bekalan darah adalah mencukupi bagi kegunaaan pesakit yang memerlukan.

“Derma Darah Selamatkan Nyawa”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s