Peningkatan Kes ‘Measles’ di WPKL Terutama di Kalangan yang Tidak Divaksinasi

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

MAKLUMAN STATUS DEMAM CAMPAK (MEASLES)

DAN CACAR AIR (CHICKENPOX)

DI WP KUALA LUMPUR

Sebuah artikel bertajuk ‘Kementerian Kesihatan siasat dakwaan penularan demam campak di Kuala Lumpur’ telah diterbitkan oleh Astro Awani, pada 26 Julai 2015 jam 9.40 malam. Artikel tersebut mendakwa ada berlaku penularan demam campak (measles) dan cacar air (chickenpox) di Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat peningkatan kes demam campak (measles) di WP Kuala Lumpur pada tahun 2015. Sehingga 30 Jun 2015, sebanyak 73 kes yang disahkan measles telah dilaporkan berlaku di WP Kuala Lumpur. Kes-kes ini berumur sebulan sehingga 43 tahun dan 79% daripada kes didapati tiada suntikan vaksin measles. Peratusan tinggi kes tiada suntikan adalah membimbangkan dan sehubungan itu KKM menggesa agar ibu bapa membawa anak-anak mereka ke mana-mana klinik terdekat untuk mendapatkan suntikan vaksin measles.

Screenshot 2015-07-28 19.38.35
Measles Fact Sheet
B-JBlu3CcAA-HAV
Komplikasi yang boleh berlaku akibat dijangkiti measles

Program eliminasi campak (measles) dijalankan sebagai langkah mengawal kejadian penyakit ini. Vaksin measles diberikan sebanyak dua dos kepada kanak-kanak di bawah Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan iaitu pada umur 12 bulan dan 7 tahun. Ibu bapa dinasihatkan agar memastikan anak-anak mereka menerima suntikan vaksin measles ini bagi memastikan anak terlindung daripada jangkitan measles dan komplikasinya. Liputan imunisasi yang melebihi 95% akan memastikan imuniti kelompok (herd immunity) kekal tinggi bagi mengekang penularan jangkitan measles dalam masyarakat.

Screenshot 2015-07-28 19.51.37
If someone infected comes over from another country where measles cases are more common, unvaccinated people — especially children younger than 6 months — are at risk.

Apabila berlaku kluster/wabak penyakit, Pejabat Kesihatan berkaitan akan menjalankan siasatan terhadap kes yang dilaporkan bagi menyiasat punca jangkitan. Pengesanan kes lain (active case detection) turut dijalankan bagi menilai penularan jangkitan serta mengekangnya. Bagi penyakit cegahan vaksin, semakan status imunisasi kanak-kanak di lokaliti tersebut juga dijalankan. Kanak-kanak yang tiada suntikan imunisasi tetapi telah layak menerima suntikan berdasarkan umur mereka, akan diberi imunisasi yang belum diterima mengikut umur mereka.

Lawatan pemeriksaan rangkaian sejuk bagi vaksin (vaccine cold chain monitoring) dijalankan secara rutin dan berkala ke setiap klinik yang menyimpan vaksin. Ia dijalankan oleh kakitangan dari Jabatan Kesihatan Negeri bagi memastikan penyimpanan vaksin dilaksanakan secara optima. Ia penting bagi memastikan potensi dan keberkesanan vaksin terjamin. Lawatan pemeriksaan rangkaian sejuk juga dibuat di klinik dan hospital swasta yang memberi perkhidmatan imunisasi.

Manakala bagi penyakit cacar air (chickenpox) pula, sehingga 30 Jun 2015, sebanyak 5 kluster dilaporkan di WP Kuala Lumpur. Kes berlaku di taska, tabika dan depot tahanan di WPKL. Ia berlaku di antara bulan Mac hingga Jun 2015. Penyakit cacar air tidak termasuk di dalam program eliminasi dan apabila berlaku semua kes akan dirawat.

Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan pemeriksaan lanjut serta rawatan sekiranya mempunyai gejala demam dan ruam. Ibu bapa dinasihatkan agar tidak menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak atau sekolah sekiranya menghidap measles atau chickenpox bagi mengelakkan penularan jangkitan kepada kanak-kanak lain.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

28 Julai 2015

One Comment Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s