Nasihat Kesihatan Semasa Keadaan Jerebu

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

NASIHAT KESIHATAN SEMASA KEADAAN JEREBU

ne_08.1
JEREBU yang turut melanda Putrajaya menyebabkan orang ramai memakai topeng muka sebagai langkah keselamatan. Gambar dari Kosmo Online

Sehingga jam 10.00 pagi pada 27 Ogos 2015, semua kawasan merekodkan bacaan IPU sihat dan sederhana. Pada 26 Ogos 2015, Seri Manjung (10.00 pagi – 2.00 ptg) dan Pelabuhan Klang (3.00 – 6.00 pagi) merekodkan bacaan IPU tidak sihat untuk beberapa jam sahaja.

Mengikut kenyataan akhbar Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 26 Ogos 2015, JAS sedang memantau rapi status dan tren kualiti udara setiap jam berikutan keadaan jerebu masih tidak menentu dan jumlah titik-titik panas (hotspots) di negara jiran masih dikesan yang boleh menyebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan berterusan ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan ke negeri Sarawak.

Screenshot 2015-08-27 16.24.31
Hotspot terkini di rantau ASEAN boleh dilihat di sini
Screenshot 2015-08-27 16.22.32
Geolocation Map API Malaysia

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu seperti berikut:

  • Mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
  • Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoors)
  • Jika terpaksa berada di luar untuk menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai.
  • Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih dengan mengurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
  • Apabila memandu, gunakan penghawa dingin dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
  • Banyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
  • Basuhlah tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.
  • Jika mampu, pasanglah alat penghawa dingin dan penapis udara (air filter/purifier) di rumah. Penapis udara yang berkecekapan yang lebih tinggi adalah lebih baik kerana ia boleh menghalang kebanyakan partikel halus yang berkaitan dengan asap dan seterusnya boleh mengurangkan jumlah pencemaran udara dari luar rumah masuk ke dalam rumah.

11902565_10152970472816237_1651912193845959782_n

KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri sedang menjalankan pemantauan penyakit berkaitan jerebu (jangkitan saluran pernafasan, asma dan sakit mata) di klinik-klinik terpilih.

Bagi mereka yang mengalami gejala dan tanda seperti batuk, selsema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru, hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan bertambah teruk.

Kementerian juga ingin menasihatkan orang awam supaya peka dengan keadaan semasa dan mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan laman sesawang mengenai bacaan IPU.

Screenshot 2015-08-27 16.06.23
Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau Air Pollutant Index of Malaysia terkini boleh dilihat di sini

Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawang KKM http://www.infosihat.gov.my atau http://www.moh.gov.my (info kesihatan).

Sekian, terima kasih.

DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 Ogos 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s