Jangan Leka, walaupun Kes Denggi Menurun!

 MESYUARAT PASUKAN PETUGAS KHAS DENGGI

PADA 2 SEPTEMBER 2015

        IMG_2015-09-02 11:50:30

Pada minggu ke 34 iaitu bagi tempoh 23 hingga 29 Ogos 2015, sejumlah 2,409 kes dilaporkan, iaitu penurunan kes sebanyak 2% berbanding dengan 2,450 kes pada minggu sebelumnya. Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari sehingga 29 Ogos 2015 adalah 80,654 kes berbanding 65,672 kes bagi tempoh yang sama tahun 2014, peningkatan sebanyak 22.8% (14,982 kes). Manakala untuk kematian denggi, sebanyak 3 kematian dilaporkan pada minggu lepas. Jumlah kumulatif kematian sehingga 29 Ogos 2015, adalah sebanyak sebanyak 219 kematian, berbanding 128 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2014, meningkat sebanyak 91 kematian (71%).

IMG_2015-09-02 11:50:23

IMG_2015-09-02 11:50:10

IMG_2015-09-02 11:49:58

Kejayaan mengurangkan kes selama 7 minggu berturut-turut adalah hasil tindakan bersepadu pencegahan dan kawalan denggi oleh Pasukan Petugas Khas dari pelbagai Kementerian bersama dengan Kerajaan Negeri dan Kementerian Kesihatan. Hasil usaha memastikan persekitaran yang bersih dan pengurusan sampah yang baik dan berkala oleh Pihak Berkuasa Tempatan serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dapat mengurangkan punca pembiakan Aedes.

IMG_2015-09-02 11:50:05

IMG_2015-09-02 11:49:53

Komitmen Kerajaan Negeri seperti Selangor dan Johor dalam memastikan negeri sentiasa bersih juga membantu mengurangkan kadar pembiakan Aedes di negeri masing-masing. Manakala usaha Kementerian Komunikasi dan Multi Media meningkatkan kesedaraan masyarakat mengurangkan tempat pembiakan melalui iklan di media massa, menyumbang kepada berterusan pengurangan kes denggi diseluruh Negara. Usaha berterusan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi, memastikan pelajar menerima mesej untuk melakukan tindakan pencegahan menghapuskan tempat pembiakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi diharap akan menerapkan nilai murni di kalangan pelajar. Di samping itu, peranan Kementerian Kesihatan dalam membuat kawalan yang berkesan dapat memutuskan transmisi jangkitan virus di kalangan masyarakat.

IMG_2015-09-02 11:49:46

IMG_2015-09-02 11:49:39

Usaha-usaha yang dilaksanakan seperti disebutkan tadi akan memberi impak yang menyeluruh sekiranya ianya dapat dilakukan dalam skala yang lebih besar. Oleh itu, adalah dicadangkan agar satu aktiviti pembersihan persekitaran mega dilakukan secara bersama dengan semua kementerian di semua peringkat negeri dan daerah pada masa yang sama dan serentak. Perancangan seperti ini hendaklah dimasukkan di dalam Pelan Tindakan Kebersihan Nasional yang akan dibentuk oleh Pasukan Petugas Khas ini kelak. Ini adalah memastikan agar kesinambungan aktiviti diteruskan di masa hadapan.

IMG_2015-09-02 11:50:17

Bagi memberi masa dan ruang kepada Pasukan Petugas Khas menjalankan aktiviti pencegahan di peringkat masing-masing, maka Mesyuarat Pasukan Petugas Khas akan dilaksanakan setiap 2 minggu. Ribuan terima kasih diucapkan di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua Kementerian dan agensi dalam pasukan ini.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s