Kegagalan Fungsi Organ antara Punca Utama Kematian Akibat Denggi

MESYUARAT PASUKAN PETUGAS KHAS DENGGI BIL 21/2015

PADA 17 SEPTEMBER 2015

IMG_2015-09-17 12:38:50

Analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa kes denggi di seluruh negara meningkat 17% atau 374 kes pada minggu lepas (bagi tempoh 6 hingga 12 September 2015), di mana sebanyak 2,604 kes denggi dilaporkan berbanding 2,230 kes pada minggu sebelumnya. Walaupun selama 8 minggu berturut-turut sebelum ini kes menunjukkan tren penurunan namun bagi mengekalkan kes terus berkurangan merupakan cabaran yang besar untuk Pasukan Petugas Khas ini.

IMG_2015-09-17 12:39:06 IMG_2015-09-17 12:39:00

Jumlah kumulatif kes demam denggi di seluruh negara dari Januari sehingga 12 September 2015 adalah 85,488 kes, berbanding 70,337 kes bagi tempoh yang sama tahun 2014, peningkatan sebanyak 21.5% (15,151 kes). Manakala untuk kematian denggi, jumlah kumulatif kematian sehingga 12 September 2015 adalah sebanyak sebanyak 234 kematian, berbanding 133 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2014, meningkat sebanyak 101 kematian (75.9%).

IMG_2015-09-17 12:39:18 IMG_2015-09-17 12:39:12

Jumlah kes kematian denggi yang meningkat pada tahun ini amatlah membimbangkan dan kadar fataliti kes juga terus meningkat sehingga 0.3% pada masa ini iaitu melebihi sasaran yang telah ditetapkan oleh KKM iaitu kurang daripada 0.2%. Analisa bagi kes kematian severe dengue tahun 2015, mendapati kematian akibat kegagalan fungsi organ yang melibatkan hati adalah 55%, jantung dan lain-lain organ 34% dan Central Nerve System (CNS) impairment sebanyak 29%. Untuk membantu memperbaiki pengurusan kes denggi, maka pada 4 September 2015 yang lalu, YB Menteri Kesihatan telah melancarkan Clinical Practice Guideline: Management Of Dengue Infection In Adults” Edisi Ketiga untuk digunapakai oleh semua pengamal perubatan di hospital dan klinik, sama ada kerajaan ataupun swasta. Diharap dengan usaha ini kes kematian denggi akan dapat dikurangkan segera.
11951918_1054895751200979_7425968047098621529_n

11951370_1054895761200978_8208736949248908929_n

Peningkatan kes yang berlaku pada minggu lepas merupakan “warning sign” kepada kita semua untuk terus meningkatkan aktiviti pencegahan denggi dan sentiasa memastikan persekitaran kita bebas daripada tempat pembiakan Aedes. Pihak Berkuasa Tempatan perlu terus memastikan tempat awam adalah bersih dan pengurusan sisa pepejal yang berkala dikekalkan. Walau bagaimana pun saya masih berpendapat bahawa kempen atau pendidikan kesihatan di media masa mengenai denggi tidak konsisten dan penyiarannya adalah kurang. Perancangan yang berterusan perlu dirangka agar denggi tidak dilupakan oleh masyarakat dan bukannya aktiviti bermusim.

IMG_2015-09-17 12:39:24 IMG_2015-09-17 12:39:29 IMG_2015-09-17 12:39:35 IMG_2015-09-17 12:39:40 IMG_2015-09-17 12:39:45

Bagi mengatasi masalah peningkatan kes denggi, KKM juga akan merancang satu Gotong Royong Mega secara serentak di seluruh negara secara bersepadu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain agensi. Usaha dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan Gotong Royong Mega ini amatlah diperlukan. Perbincangan lanjut mengenainya akan dilakukan selepas mesyuarat ini.

Ribuan terima kasih diucapkan di atas komitmen berterusan yang ditunjukkan daripada pasukan ini dan berharap semangat memerangi denggi dapat dikekalkan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s