Kenyataan Akhbar KPK: Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia 6-12 September 2015

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

12006288_10153665215254883_3084017121772140984_n 

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

(Bagi Minggu 36/2015 dari 6 hingga 12 September 2015)

Pada minggu ke-36 tahun 2015, iaitu dari 6 hingga 12 September 2015, sejumlah 2,604 kes demam denggi telah dilaporkan di seluruh negara, dan ini menunjukkan peningkatan kes sebanyak 16.8% berbanding 2,230 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya. Walaupun kes denggi menunjukkan penurunan bagi 8 minggu berturut-turut sebelum ini namun ianya telah mula menunjukkan peningkatan pada minggu lepas. Terdapat 11 negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Selangor meningkat 122 kes (12.6%), WP Kuala Lumpur & Putrajaya 87 kes (54.7%), Kelantan 46 kes (54.8%), Negeri Sembilan 44 kes (115.8%), Perak 41 kes (33.1%), Melaka 30 kes (75.0%) dan Sabah 13 kes (31.0%). Manakala Pahang, Johor, Sarawak dan Perlis melaporkan peningkatan kurang daripada 10 kes.

IMG_2015-09-17 12:39:12

Screenshot 2015-09-18 13.40.58 Screenshot 2015-09-18 13.41.10 Screenshot 2015-09-18 13.41.20 Screenshot 2015-09-18 13.41.28

Dari Januari hingga 12 September 2015, jumlah kumulatif kes denggi adalah 85,488 kes berbanding 70,337 kes untuk tempoh yang sama tahun 2014 iaitu meningkat sebanyak 21.5% (15,151 kes). Manakala untuk kematian denggi pula, bagi tempoh yang sama sebanyak 234 kematian denggi dilaporkan dengan peningkatan sebanyak 75.9% berbanding 133 kematian pada tahun 2014.

IMG_2015-09-17 12:39:29

Pada minggu ke 36 juga, terdapat sebanyak 936 lokaliti wabak denggi yang masih aktif dilaporkan di seluruh negara melibatkan 13 negeri iaitu Selangor (500), Johor (240), Perak (40), WPKL & Putrajaya (56), Kelantan (25), Pulau Pinang (25), Negeri Sembilan (15), Melaka (14), Pahang (9), Sabah (9), Terengganu (1), Kedah (1) dan Sarawak (1). Manakala Perlis dan WP Labuan tiada kejadian wabak dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 197 lokaliti hotspot dilaporkan iaitu di Selangor (116), Johor (74), Perak (6) dan Pulau Pinang (1).

IMG_2015-09-17 12:39:35

Masalah jerebu yang melanda Negara sejak kebelakangan tidak dapat menghalang nyamuk Aedes untuk membiak. Kajian yang dijalankan di Singapura oleh Wilder Smith et al pada tahun 2013 menunjukkan bahawa jerebu tidak mempengaruhi kejadian kes sama ada meningkat atau berkurangan. Oleh yang demikian, aktiviti semburan untuk kawalan perlu dilaksanakan terutama di lokaliti wabak. Masyarakat juga diseru agar memastikan kawasan persekitaran tiada tempat pembiakan sama ada di dalam atau di luar rumah.

Sempena cuti persekolahan dan perayaan yang akan bermula pada minggu hadapan, KKM juga ingin mengingatkan masyarakat agar memastikan tiada bekas atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes di kawasan kediaman masing-masing semasa balik bercuti ke kampung. Pergerakan manusia yang tidak terhad semasa cuti boleh menyebabkan jangkitan demam denggi lebih cepat merebak jika terdapat nyamuk dan pembiakan Aedes di persekitaran mereka. Oleh itu, langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan jangkitan adalah seperti berikut;

  • Menggunakan racun penyembur aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa yang berada di dalam rumah.
  • Menggunakan bahan penghalau nyamuk (repellen) kepada bahagian badan yang terdedah untuk gigitan nyamuk ketika keluar rumah, terutama pada waktu nyamuk aktif menggigit (5 – 7 pagi dan 5 – 7 petang).
  • Mengelakkan diri dari pergi ke kawasan wabak / hotspots denggi.
  • Memasukkan bahan pembunuh jentik-jentik (Abate) ke dalam takungan air yang tidak dapat ditukar terutama apabila tidak menggunakannya lebih dari tempoh seminggu

Pihak Kementerian Kesihatan berharap masyarakat akan menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan penuh kegembiraan dan selamat daripada ancaman jangkitan demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik korban denggi. Ingatlah “TIADA AEDES, TIADA DENGGI”.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

18 September 2015

Screenshot 2015-09-18 13.45.56 Screenshot 2015-09-18 13.46.09 Screenshot 2015-09-18 13.46.18 Screenshot 2015-09-18 13.46.28 Screenshot 2015-09-18 13.46.37 Screenshot 2015-09-18 13.46.47 Screenshot 2015-09-18 13.46.56 Screenshot 2015-09-18 13.47.06 Screenshot 2015-09-18 13.47.17

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s