KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI TERKINI KEJADIAN GIGITAN ANJING BERKAITAN RABIES
Merujuk kepada berita yang disiarkan mengenai kes positif Rabies, adalah dimaklumkan bahawa kes tersebut adalah di kalangan anjing. Sehingga kini, TIADA manusia yang positif dijangkiti Rabies dan hanya terdapat kes positif Rabies di kalangan anjing.

Your pets and other domestic animals can be infected when they are bitten by rabid wild animals. When “spillover” rabies occurs in domestic animals, the risk to humans is increased. Read more here.
Pada 18 September 2015, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun mengadakan perbincangan dengan Pakar Penyakit Berjangkit berkaitan dengan Prosedur Pengurusan Pesakit yang digigit anjing yang positif Rabies di fasiliti kesihatan bagi negeri-negeri yang berkaitan (Kedah, Perlis dan Pulau Pinang). Selain itu, Protokol Pengurusan Pesakit yang digigit anjing yang positif Rabies juga telah disediakan oleh negeri-negeri yang terlibat Rabies mengikut kesesuaian situasi Rabies di negeri tersebut.
Kesiapsiagaan terhadap penyakit Rabies termasuk penyediaan vaksin anti-Rabies bagi manusia telah pun dilaksanakan di seluruh Malaysia terutamanya di tiga (3) negeri yang didapati positif Rabies di kalangan anjing. Sebanyak 14 hospital kerajaan di tiga (3) negeri berkaitan mempunyai bekalan stok vaksin anti-Rabies yang mencukupi bagi menangani kes gigitan anjing di kalangan manusia.

The most important global source of rabies in humans is from uncontrolled rabies in dogs. Read more here.
Selain itu, KKM juga ingin menasihati orang awam di Malaysia terutama yang tinggal di kawasan yang diwartakan sebagai Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila (Kedah, Perlis dan Pulau Pinang) dan kawasan penampan Rabies agar dapat mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelak dijangkiti penyakit Rabies:
- Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan anjing peliharaan atau anjing liar;
- Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan
- Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.
Sekian, terima kasih.
DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
Y.B. Menteri Kesihatan Malaysia
22 September 2015
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press