Kenyataan Akhbar KPK: Kejadian Jerebu di Malaysia & Nasihat Kesihatan 27 September 2015

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

KEJADIAN JEREBU DI MALAYSIA DAN NASIHAT KESIHATAN

27 SEPTEMBER 2015

 12002302_10152994580071237_7348673814133273812_n

Sehingga jam 11 pagi pada 27 September 2015, lima (5) kawasan direkodkan bacaan IPU sangat tidak sihat (201-300), tiga belas (13) kawasan direkodkan bacaan IPU sangat tidak sihat (101-200), dua puluh enam (26) kawasan direkodkan bacaan IPU sederhana (51-100) dan 5 kawasan direkodkan bacaan IPU sihat (kurang 50). Kawasan bacaan IPU sangat tidak sihat adalah Pelabuhan Kelang (252), Petaling Jaya (232), Shah Alam (281), Batu Muda Kuala Lumpur (256) dan Putrajaya (206).

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Kesihatan Negeri sedang menjalankan pemantauan kedatangan pesakit dengan penyakit berkaitan jerebu seperti jangkitan saluran atas pernafasan (Upper Respiratory Tract Infection, URTI), asma dan sakit mata (konjunktivitis) di klinik-klinik terpilih. Pemantauan yang dijalankan mendapati secara umumnya pemantauan untuk 4 minggu kebelakangan (23/08/2015 – 19/09/2015) mendapati kedatangan pesakit dengan penyakit tersebut menunjukkan tren peningkatan namun tidak konsisten pada keseluruhannya.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu termasuklah mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah, sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai.

Sila pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih dengan mengurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok. Apabila memandu, gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman. Banyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Basuhlah tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.

Selain daripada itu jika mampu pasanglah alat penghawa dingin dan penapis udara (air filter/purifier) di rumah. Penapis udara yang berkecekapan yang lebih tinggi adalah lebih baik kerana ia boleh menghalang kebanyakan partikel halus yang berkaitan dengan asap dan seterusnya boleh mengurangkan jumlah pencemaran udara di dalam rumah.

Bagi mereka yang mengalami gejala dan tanda seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan bertambah teruk.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga ingin menasihatkan orang awam supaya peka dengan keadaan semasa dan mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan laman sesawang mengenai bacaan IPU.

Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia www.infosihat.gov.my atau www.moh.gov.my (info kesihatan).

Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengedarkan penutup hidung dan mulut kepada orang ramai yang berisiko seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakit jantung dan respiratori yang mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu.

Sekian dan terima kasih.

 

DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 September 2015

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s