Kenyataan Akhbar KPK: Penjualan Air Jampi Tiada Lesen

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

PENJUALAN AIR JAMPI TIADA LESEN 

imagesKementerian Kesihatan mengambil maklum laporan akhbar Sinar Harian pada 27 September 2015 bertajuk ‘Air Jampi Dijual Secara Berleluasa’. Akhbar tersebut telah melaporkan penjualan air tersebut secara komersial di pasaran tempatan dengan menggunakan pengaruh agama sedangkan ianya hanyalah air kosong sama seperti air minuman lain.

Peraturan 360B(1A), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, menyatakan bahawa semua punca air minuman berbungkus bagi tujuan perdagangan atau perniagaan perlu dilesenkan sebelum air tersebut boleh dibotol dan dijual kepada pengguna di pasaran.

Dalam hal ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah bersetuju supaya Kementerian Kesihatan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air jampi tersebut memandangkan ianya di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan. Selaras dengan itu, Kementerian Kesihatan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air jampi ini berdasarkan Seksyen 4(1)(f), Akta Makanan 1983.

Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 termasuk mereka yang didapati menjual air minuman berbungkus tanpa lesen daripada Kementerian Kesihatan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.

Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mendapati terdapat penjualan air jampi di pasaran, pengguna boleh membuat aduan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

6 Oktober 2015

Video Buletin Awani 26 Februari 2013-Jamil Khir: Jangan Percaya Air Jampi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s