Pelaksanaan Strategi MDG 4 & 5 di Malaysia

mdg_4_5_png

MESYUARAT MEMBINCANGKAN KEMAJUAN PELAKSANAAN

STRATEGI MDG 4 & 5 KEBANGSAAN BIL. 1/2015

6 OKTOBER 2015

2.30– 4.30 petang

Dewan Serbaguna, Aras 8, Blok E7, Kompleks E, Putrajaya

IMG_2426

  1. Sebagaimana sedia maklum, Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) telah diperkenalkan semasa Persidangan Kemuncak Milenium Bangsa-bangsa Bersatu di New York pada September 2000. Ia terdiri daripada 8 petunjuk utama yang merupakan agenda nasional di mana Malaysia amat komited ke arah mencapai kesemua petunjuk MDG tersebut. Dua daripada petunjuk utama iaitu MDG 4 dan MDG 5, akan menjadi agenda utama mesyuarat pada hari ini.

millenium-development-goals1

  1. Tahun 2015 merupakan tahun penutup bagi semua negara untuk mencapai kesemua sasaran MDG, di mana setiap negara perlu menetapkan sasaran berdasarkan pencapaian bagi tahun 1990. Malaysia telah memberi komitmen untuk mencapai sasaran MDG 4 dan MDG 5. Namun kedua-dua sasaran agak sukar untuk dicapai kerana tren kematian kedua-duanya didapati mendatar semenjak tahun 2000. Ini merupakan satu cabaran utama bagi Malaysia untuk terus mengekalkan penurunan yang ketara. Masalah ’slow decline’ ini bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia tetapi juga beberapa negara di rantau ini.

IMG_2425

  1. Selepas tahun 2015, Malaysia perlu bersedia dan menambahbaik untuk mencapai matlamat baharu bagi Pasca 2015 yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 2012 iaitu Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) – SDG, bermula 2016 sehingga 2030.

7b98557e-4127-441e-a57d-033bcd2413ad-large

  1. Di bawah SDG, usaha untuk mengurangkan kematian ibu dan kanak-kanak di bawah 5 tahun tetap diteruskan, di mana indikator bagi kedua-dua petunjuk turut tersenarai di bawah Goal 3, di samping indikator kesihatan yang lain. Kedua-duanya menitikberatkan penurunan kadar kematian yang boleh dicegah, atau ending all preventable deaths of maternal, newborn and children.
  1. Mesyuarat hari ini bertujuan untuk membincangkan:
  • pencapaian Malaysia bagi MDG 4 dan MDG 5
  • kemajuan pelaksanaan pelan tindakan strategik dan langkah penambahbaikan yang telah dilakukan
  • membincang isu-isu berbangkit serta tindakan dalam mencapai sasaran MDG 4 dan 5 serta Pasca 2015

IMG_2424

Pencapaian MDG 5

  1. Di bawah inisiatif ke arah mencapai MDG 5 yang disyaratkan, Malaysia mensasarkan penurunan kadar kematian ibu kepada 11 per 100,000 kelahiran hidup pada tahun 2015.
  1. Malaysia telah berjaya menurunkan Kadar Kematian Ibu (Maternal Mortality Ratio – MMR) yang mendadak sebelum tahun 2000. Ia seterusnya mengalami penurunan yang kecil iaitu antara 28.1 dan 23.2 kematian per 100,000 kelahiran hidup dari tahun 2000 sehingga 2012. Bagi tahun terkini, data preliminari Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan MMR Malaysia bagi tahun 2013p ialah 25.2 kematian per 100,000 kelahiran hidup, iaitu masih terlalu jauh dari sasaran MDG.
Untitled1
Graf 1: Perbandingan Kadar Kematian Ibu di Malaysia dengan matlamat MDG 5
  1. Walau bagaimanapun, Malaysia telah berjaya mencapai sasaran bagi indikator lain di bawah MDG 5. Antaranya ialah peratus kelahiran selamat (99% pada tahun 2014), liputan penjagaan antenatal (97.2% pada tahun 2014), peningkatan Contraceptive Prevalence Rate (57.5% pada tahun 2014 – preliminary data), penurunan kadar kelahiran kalangan remaja (13 per 1000 remaja pada 2013) dan penurunan unmet needs perancang keluarga (13.4% pada tahun 2014 – preliminary data).
  1. Pencapaian Contraceptive Prevalence Rate di negara ini perlu ditafsir dengan teliti. Ini kerana kadar kesuburan (Total Fertility Rate- TFR) bagi penduduk Malaysia telah menunjukkan tren penurunan ketara iaitu TFR 3.9 pada tahun 1990 berbanding 2.0 pada 2013p. ini mendatangkan impak yang besar kepada populasi Malaysia sekiranya TFR makin menyusut. Oleh itu, saya ingin menekankan bahawa perkhidmatan perancang keluarga perlu fokus kepada tujuan safe motherhood iaitu demi kepentingan kesihatan ibu dan bayi.
  1. Di bawah SDG, sasaran utama global yang ditetapkan ialah menurunkan kadar kematian ibu kepada kurang daripada 70 per 100,000 kelahiran hidup menjelang 2030. Manakala sasaran bagi setiap negara pula ialah menurunkan kadar kematian ibu pada 2030 sebanyak dua per tiga daripada jumlah kematian yang dilapor pada tahun 2010.

Jadual 1: Pencapaian Malaysia ke arah MDG 5

Screenshot 2015-10-06 09.01.29

Screenshot 2015-10-06 08.27.52

Pencapaian MDG 4        

  1. Malaysia telah memberi komitmen untuk mencapai sasaran MDG 4 iaitu untuk mengurangkan kadar kematian kanak-kanak sebanyak 2/3 diantara tahun 1990 dan 2015.
  1. Tahun 2015 merupakan tahun penutup bagi Malaysia mencapai sasaran MDG 4 yang telah ditetapkan iaitu mengurangkan kadar kematian kanak-kanak bawah 5 tahun pada kadar 5.6 bagi setiap 1000 kelahiran hidup. Kadar kematian kanak-kanak bawah 5 tahun bagi tahun 2013 adalah 8.0 untuk setiap 1000 kelahiran hidup (berdasarkan sumber Jabatan Perangkaan Negara), manakala data daripada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga untuk tahun 2014 menunjukkan kadar kematian kanak-kanak bagi tahun 2014 adalah 9.7 bagi setiap 1000 kelahiran hidup.
Untitled2
Graf 2: Perbandingan Kadar Kematian kanak-kanak di Malaysia dengan sasaran MDG4
  1. Kadar kematian kanak-kanak bawah 5 tahun telah menurun sebanyak 52% dari tahun 1990 – 2013 (16.8 kepada 8.0). Penurunan ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan negara-negara di Western Pacific Region yang merekodkan penurunan sebanyak 63% (sumber Unicef 2015). Penurunan ini juga adalah sangat ketara walaupun semenjak tahun 2000, graf penurunan adalah mendatar. Sementara itu, Infant Mortality Rate juga telah menunjukkan penurunan sebanyak 50% antara tahun 1990 – 2013 (penurunan dari 13.1 kepada 6.5 untuk setiap 1000 kelahiran hidup).
  1. Berdasarkan pencapaian tahun 2013 & 2014, didapati adalah sangat sukar untuk mencapai sasaran MDG 4 yang telah ditetapkan oleh United Nations. Walaubagaimanapun secara umum dapat dilihat terdapat penurunan yang sangat ketara jika dibandingkan pencapaian tahun 2014 dan tahun 1990. Tren kematian kanak-kanak bawah 5 tahun didapati mendatar semenjak tahun 2000 dan menunjukkan sedikit peningkatan dari tahun 2013. Ini merupakan satu cabaran utama bagi Malaysia untuk terus mengekalkan penurunan yang ketara.
Untitled3
Graf 3: Kadar Kematian Kanak-kanak Bawah 5 Tahun dan Bayi tahun 1990-2014(p)
  1. Selain daripada itu, WHO juga telah mengklasifikasikan negara yang mencapai kadar kematian kanak-kanak bawah 5 tahun kurang dari 10 per 1,000 kelahiran hidup dan kadar kematian neonatal kurang dari 5 per 1,000 kelahiran hidup sebagai ”very low mortality rate countries”. (Sumber WHO 2014)
  1. Bagi kematian kanak-kanak bawah 5 tahun, kematian neonatal menyumbang kepada jumlah dan peratus kematian yang tinggi bagi keseluruhan Kematian Bawah 5 tahun iaitu sebanyak 54%.
  1. Bagi pencapaian liputan imunisasi measles, Malaysia telah mencapai sasaran melebihi 95% semenjak tahun 2009 berbanding 70.1% pada tahun 1990. Namun pencapaian liputan telah menurun kurang dari sasaran kebangsaan iaitu 93.4% pada tahun 2014. Pencapaian Januari hingga Jun 2015 adalah 44.7% dan sekiranya prestasi tidak meningkat dianggarkan, pencapaian sehingga Disember 2015 akan hanya mencapai 89.4%, jauh lebih rendah daripada pencapaian tahun 2014.
Untitled4
Graf 4 : Liputan Imunisasi MMR tahun 1990-2014
  1. Memandangkan Malaysia telah mencapai kadar kematian kanak-kanak yang rendah (Under-5 Mortality Rate kurang daripada 10), pengurangan selanjutnya memberikan cabaran dan memerlukan spesifik analisis dalam menentukan punca kematian kanak-kanak yang tidak hanya melibatkan faktor sosial tetapi juga faktor-faktor lain. Secara tidak langsung pendekatan kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih terancang dan berfokus dapat meningkatkan perkhidmatan kesihatan sejagat.
  1. Di bawah SDG, sasaran utama yang ditetapkan ialah mengurangkan kematian yang dicegah (preventable deaths) bagi neonatal dan kanak-kanak bawah 5 tahun pada tahun 2030 dengan sasaran bagi kematian neonatal kurang dari 12 per 1,000 kelahiran hidup dan bagi kematian kanak-kanak bawah 5 tahun kurang dari 25 per 1,000 kelahiran hidup.
  1. Selain daripada sasaran SDG, antara strategi lain yang disarankan oleh WHO (di bawah inisiatif Born Too Soon dan Every Newborn Action Plan) adalah memberi tumpuan kepada pencegahan kelahiran pra-matang dan rawatan awal bayi pra-matang dengan menambahbaik perkhidmatan Early Essential Newborn Care dan mengurangkan kematian stillbirth yang boleh dicegah.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

6 Oktober 2015

Maklumat disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s