Kenyataan Akhbar KPK: Maklumat Status Terkini MERS-CoV & Kesiapsagaan serta Respon KKM bagi Menghadapinya

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 12119103_1070804582943429_1402007977358337746_n

MAKLUMAN STATUS TERKINI JANGKITAN MIDDLE EAST RESPIRATORY SYNDROME CORONAVIRUS (MERS-COV) DAN KESIAPSIAGAAN SERTA RESPON KKM BAGI MENGHADAPINYA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau dengan rapi perkembangan jangkitan MERS-CoV yang secara berterusan dilaporkan berlaku di negara-negara rantau Timur Tengah, khususnya dengan kepulangan para jemaah haji ke tanah air bermula pada 29 September 2015. Untuk makluman, sehingga 8 Oktober 2015, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan sejumlah 1,595 kes yang disahkan dijangkiti MERS-CoV termasuk 571 kematian dari seluruh dunia.

12119011_1070804549610099_4825328581817810037_n 12116016_1070804632943424_5997551261367998819_n

Bagi musim haji 1436H / 2015M, bermula daripada penerbangan pertama kepulangan jemaah haji Malaysia dari Tanah Suci pada 29 September 2015 sehingga 9 Oktober 2015, KKM telah menjalankan saringan kesihatan ke atas 7,315 orang jemaah dan 339 orang anak kapal. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 52 notifikasi kes Patient Under Investigation (PUI) for MERS-CoV telah diterima melalui National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), KKM. Mereka merupakan jemaah haji yang memenuhi kriteria PUI MERS-CoV, seterusnya dirujuk ke hospital yang dikenalpasti di seluruh negara bagi menjalani rawatan dan ujian lanjut untuk jangkitan MERS-CoV. Kesemua kes tersebut telah disahkan sebagai bebas dari jangkitan terbabit melalui ujian makmal yang telah dijalankan.

Sebagai langkah kesiapsiagaan bagi musim haji kali ini dan begitu juga sebelumnya, KKM telah bekerjasama rapat dengan pihak Lembaga Tabung Haji (LTH) khusus untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan, memantau pemberian vaksin yang diperlukan dan mengendalikan sesi taklimat mengenai MERS-CoV kepada jemaah haji. Ianya meliputi nasihat persediaan sebelum berlepas serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan tertentu yang perlu diambil semasa mahupun selepas kembali ke tanah air dari mengerjakan ibadah haji. Pasukan Perubatan turut dihantar ke Tanah Suci sepanjang tempoh haji bagi menjaga keperluan perubatan jemaah haji.

IMG_2015-10-10 06:06:11

IMG_2015-10-10 06:06:37

Tahap kesedaran orang awam terhadap kejadian MERS-CoV ditingkatkan melalui hebahan pendidikan kesihatan mengenai MERS-CoV dan langkah-langkah pencegahan secara berkala melalui laman sesawang KKM, sesi wawancara dan temubual di stesen radio dan televisyen tempatan. Semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta telah diberi penekanan agar sentiasa berada pada tahap optimum dalam langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon termasuklah yang melibatkan pencegahan dan kawalan infeksi di semua peringkat fasiliti kesihatan.

KKM terus meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan kejadian jangkitan MERS-CoV di Malaysia dan sentiasa memantau situasi kejadian penyakit ini. Sebarang perkembangan berkaitannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Maklumat terkini berkaitan jangkitan MERS-CoV boleh diperolehi dari laman sesawang KKM, iaitu http://www.moh.gov.my atau dengan menghubungi talian hotline MERS-CoV di 03-8881 0300.

Sekian dan terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

10 Oktober 2015

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s