Kenyataan Akhbar KPK: Bekalan Darah Semasa di Seluruh Negara

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

BEKALAN DARAH SEMASA DI SELURUH NEGARA
11218615_880293835374347_2751739640363791688_n

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menjelaskan bahawa sehingga kini bekalan darah di seluruh negara adalah di tahap mencukupi untuk kegunaan semasa bagi semua kumpulan darah A, B, AB dan O. Kementerian Kesihatan Malaysia berterima kasih kepada orang ramai yang sudi menjadikan pendermaan darah secara sukarela sebagai satu sumbangan kepada pesakit yang memerlukan.

Sebagai makluman, adalah dianggarkan sebanyak 2000 beg darah diperlukan setiap hari bagi kegunaan hampir 1000 orang pesakit di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, masyarakat Malaysia adalah digalakkan untuk tampil menderma darah secara berkala yang kerap di samping menjadi penganjur kempen derma darah bagi memastikan bekalan darah seluruh negara berada di paras yang mencukupi setiap masa.

11702890_890929344325026_6732657375054322370_n

11698525_487425831418329_7606698369179961005_n

Kementerian Kesihatan Malaysia juga memantau tren pendermaan dan kegunaan darah sepanjang tahun bagi untuk meningkatkan pengurusan bekalan stok darah. Ini bagi membantu Perkhidmatan Transfusi Perubatan menjangkakan masa kemungkinan stok bekalan darah bakal menurun seperti pada musim cuti sekolah yang panjang, musim perayaan dan semasa bencana seperti banjir. Dengan yang demikian, Perkhidmatan Transfusi Perubatan dapat merencanakan kutipan darah serta melakukan tindakan proaktif seperti promosi pendermaan darah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan tersebut.

12113433_888824161187981_1771021119412985701_o

11694831_884991081585519_548514882677687167_n

 12034260_888824997854564_7389884099334017855_o

Pendermaan darah secara sukarela boleh dilakukan di Pusat Darah Negara, Tabung Darah di hospital-hospital di setiap negeri dan juga melalui Unit Bergerak Kempen Derma Darah. Terdapat 140 hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan 128 daripadanya berfungsi menjalankan kutipan darah. Pusat Darah Negara beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 7.30 pagi hingga 8.00 malam manakala Sabtu hingga Ahad dari jam 8.00 pagi hingga 4 petang.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

21 Oktober 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s