Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan: Status Kes Demam Kepialu di WPKL & Langkah-Langkah Pencegahan & Kawalan

KENYATAAN AKHBAR

YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

STATUS KES DEMAM KEPIALU DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN

Pada masa ini terdapat banyak khabar angin dan pertanyaan berkaitan kejadian demam kepialu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). Orang ramai dinasihatkan agar tidak khuatir dengan situasi ini kerana penyakit ini boleh dicegah dan dirawat dengan mudah. Penyakit ini sedia ada (endemic) di Malaysia dan mempunyai kemudahan diagnosa dan antibiotik untuk mengesan dan merawat kes.

IMG_2015-10-22 08:12:10

Tifoid ditularkan melalui makanan dan minuman tercemar dengan najis (transmisi faecal-oral) yang mengandungi bakteria Salmonella typhi. Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar mengutamakan kebersihan dan keselamatan makanan yang diambil. Pilihlah kedai atau gerai makan yang bersih. Kebersihan diri (personal hygiene) juga perlu diutamakan khususnya membasuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas. Orang ramai adalah dinasihatkan agar membuat pemeriksaan dan rawatan awal di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala demam kepialu bagi mengelakkan berlaku komplikasi dan mencegah berlakunya penularan penyakit ini.

Maklumat berkaitan tifoid boleh diperolehi dari laman sesawang myHealth.gov.my dan www.infosihat.gov.my.

Sekian dan terima kasih.

 

DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM

Menteri Kesihatan Malaysia

22 Oktober 2015

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s