Kenyataan Akhbar KPK 25 Okt 2015: Masalah Bekalan Vaksin Lima Serangkai

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

MASALAH BEKALAN VAKSIN LIMA SERANGKAI

Sejak tahun 2008 Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggunakan vaksin 5-serangkai (DTaP-IPV//HiB) dalam Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan. Ia selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di fasa akhir Program Pembasmian Polio dunia, di mana penggunaan vaksin Polio secara suntikan (inactivated polio vaccine – IPV), sekurang-kurangnya satu dos mesti dilaksanakan oleh semua negara. Selain itu, pemberian vaksin ini juga untuk mencegah penyakit difteria, kancing gigi (tetanus), batuk kokol (pertussis) dan jangkitan Haemophilus influenza type b. Vaksin ini diberikan sebanyak 4 dos kepada kanak-kanak pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan.

Screen Shot 2015-10-25 at 01.02.02

Screen Shot 2015-10-25 at 00.14.22
Penyakit-penyakit Yang Boleh Dicegah Dengan Vaksin. Baca dengan lebih lanjut di sini.

Sejak Jun 2015, seluruh dunia menghadapi masalah bekalan vaksin yang mengandungi IPV dan acellular pertussis apabila hanya terdapat satu syarikat pembekal tunggal untuk memenuhi permintaan global. Keadaan ini juga memberi impak kepada perkhidmatan imunisasi negara; di mana bekalan vaksin kepada fasiliti kesihatan swasta terputus dan bekalan stok penimbal di fasiliti kesihatan kerajaan dan syarikat konsesi juga menurun. Penggunaan vaksin 5-serangkai di fasiliti kesihatan Kerajaan turut meningkat berikutan rujukan dari fasiliti kesihatan swasta. Penjadualan semula temujanji sesetengah pelanggan perlu dilaksanakan sementara mendapatkan bekalan vaksin.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah berusaha keras memastikan bekalan berterusan melalui beberapa siri perbincangan dengan syarikat pembekal dan konsesi. Antara langkah-langkah yang diambil adalah memantau bekalan dan stok vaksin di seluruh negara dan membuat agihan semula vaksin ini di kawasan operasi sekiranya perlu dan membuat pesanan secara mingguan bagi memberi peluang kepada daerah dan klinik lain mendapat bekalan. Keutamaan akan diberikan kepada klinik-klinik yang berada jauh di pendalaman dan sukar dihubungi. Ia bagi memastikan perkhidmatan imunisasi tidak terputus dan seterusnya dapat membendung penularan penyakit cegahan vaksin.

communityImmunityGeneric
Community Immunity (“Herd” Immunity). Infographic source: National Institute of Allergy and Infectious Disease, USA

Adalah dipohon agar ibubapa dan penjaga, khususnya yang lazim mendapatkan perkhidmatan imunisasi di klinik swasta agar mematuhi tarikh temujanji yang diberi oleh kakitangan kesihatan Kerajaan bagi memastikan imunisasi 5-serangkai ini diterima. Liputan imunisasi yang sentiasa melebihi 95% dalam komuniti akan dapat memutuskan rantaian penularan penyakit cegahan vaksin dan mengelakkan berlakunya wabak.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 25 Oktober 2015

Advertisements

One Comment Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s