Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 28 Oktober 2015: Status Kes Demam Kepialu Di Malaysia & Langkah-Langkah Pencegahan & Kawalan

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

STATUS KES DEMAM KEPIALU DI MALAYSIA

DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN

Screen Shot 2015-10-28 at 23.38.46

Kakitangan Jabatan Kesihatan mengambil suhu peti sejuk beku simpanan sayur-sayuran untuk mengukur tahap keaktifan bakteria ketika membuat tinjauan ke sebuah restoran di Kuala Lumpur berikutan tercetusnya wabak demam kepialu baru-baru ini. Sumber foto: Utusan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kejadian demam kepialu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Selangor. Pada 25 Oktober 2015, terdapat tiga (3) kes yang kesemuanya dilaporkan dari Selangor. Tiada kes baru dilaporkan di WPKL dan Selangor dari 26 hingga 28 Oktober 2015. Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes tifoid yang dikaitkan dengan peningkatan kes tifoid di WPKL semenjak Ogos 2015 sebanyak 55 kes; iaitu 37 di WPKL dan 18 di Selangor. Pada hari ini, tiga (3) kes masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Kes berada dalam keadaan stabil dan tiada kematian dilaporkan bagi kejadian ini.

Semenjak peningkatan kes dilaporkan pada Ogos 2015, sebanyak 435 premis makanan telah diperiksa dan 80 telah ditutup kerana didapati tidak sanitari (bersih). Manakala 27 notis kompaun telah dikeluarkan kepada tuan punya premis makanan iaitu 25 kompaun di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan dua (2) kompaun di bawah Akta Kerajaan Tempatan. Seramai 2,229 pengendali makanan telah diperiksa. Dari jumlah ini, seramai 365 (16.4%) pengendali tidak mempunyai status imunisasi tifoid yang sah. Sehingga kini tiada pengendali makanan yang disahkan menjadi pembawa bakteria ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memilih premis makanan yang bersih dan mengutamakan makanan yang panas dan baru dimasak. Pengusaha dan pengendali makanan pula diingatkan, bahawa menjadi tanggungjawab mereka untuk sentiasa memastikan premis mereka dalam keadaan sanitari serta pengendalian makanan dibuat secara bersih dan selamat. Edaran risalah berkaitan penyakit tifoid serta pendidikan kesihatan kepada individu dan nasihat berkumpulan juga telah dipergiatkan di premis-premis yang diperiksa.

Screen Shot 2015-10-28 at 23.27.28

Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” atau BeSS adalah satu pengiktirafan yang diberikan kepada pengusaha premis makanan bagi menggalakkan pengusaha premis makanan menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan. Baca lebih lanjut di sini.

Maklumat berkaitan tifoid serta langkah pencegahannya boleh diperolehi dari laman sesawang myHealth.gov.my dan www.infosihat.gov.my.

Sekian dan terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 28 Oktober 2015

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s