KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
ISU SKIPPY REDUCED FAT CREAMY PEANUT BUTTER SPREAD DIPANGGIL BALIK KERANA DIPERCAYAI TERCEMAR DENGAN SERPIHAN LOGAM
Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan dari laman sesawang U.S. Food and Drug Administation (USFDA) di www.fda.gov mengenai notifikasi pemanggilan balik secara sukarela dan terhad oleh Syarikat Hormel Foods Sales LLC, Amerika Syarikat (US) terhadap sejumlah batch produk mentega kacang SKIPPY Reduced Fat Creamy Peanut Butter Spread yang diedarkan di kawasan Georgia, Virginia, Alabama, North Carolina, South Carolina, Delaware dan Arkansas, US berikutan dikhuatiri tercemar dengan serpihan logam halus. Batch yang terlibat adalah pembungkusan 16.3 ounce jars, βBest If Used Byβ iaitu DEC1416LR1 dengan UPC code 37600-10500.

The company is issuing the recall to ensure that consumers are made aware of the potential hazard. No reports have been received to date of any consumer injuries or complaints. Read more here.
Watch here “Hormel Foods recalls some Skippy peanut butter”
Syarikat DKSH yang mengimport dan mengedarkan produk SKIPPY Peanut Butter di Malaysia juga mengesahkan bahawa produk terbabit yang dipanggil balik di Amerika Syarikat hanya diedarkan ke tujuh (7) negeri di Amerika Syarikat seperti yang dinyatakan di atas dan produk terbabit tidak diedarkan ke negara lain termasuk Malaysia.
Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan tidak membenarkan pengimportan batch produk yang terbabit.
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
4 November 2015
Categories: Food Safety, Press