Kenyataan Akhbar KPK 13 Nov 2015: Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

(Bagi Minggu 44/2015 dari 1 hingga 7 November 2015)

12227219_10153094488851237_850771857699890455_n

Pada minggu ke 44 tahun 2015, iaitu dari 1 hingga 7 November 2015, sejumlah 2,136 kes telah dilaporkan, menurun 21 kes (1%) berbanding dengan minggu sebelumnya iaitu 2,157 kes. Terdapat lima (5) negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Pulau Pinang 55 kes (47.8%), Melaka 20 kes (35.1%), Kedah 9 kes (56.3%), Perlis 8 kes (800.0%) dan Sabah 1 kes (1.8%). Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan dari Januari sehingga 7 November tahun 2015, adalah 102,801 kes, berbanding 86,765 kes bagi tempoh yang sama tahun 2014, peningkatan sebanyak 18.5% (16,036 kes).

Bagi tempoh yang sama terdapat enam (6) kematian dilaporkan, iaitu dua (2) di Perak dan masing-masing satu (1) di Pulau Pinang, Johor, Pahang dan Sabah. Jumlah kumulatif kematian denggi sehingga kini adalah sebanyak 283 kematian, berbanding 164 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2014, meningkat sebanyak 119 kematian (72.6%).

Screen Shot 2015-11-13 at 05.26.36

Daripada 1 hingga 7 November 2015, terdapat sebanyak 800 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 14 negeri iaitu 444 lokaliti di Selangor, 159 lokaliti di Johor, 57 lokaliti di WP Kuala Lumpur & Putrajaya, 39 lokaliti di Pulau Pinang, 27 lokaliti di Perak, 17 lokaliti di Negeri Sembilan, 15 lokaliti di Melaka, 11 lokaliti di Sabah dan 11 lokaliti di Pahang. Manakala Kelantan, Sarawak, Kedah, Terengganu dan Perlis melaporkan kurang daripada 10 lokaliti. Daripada jumlah tersebut terdapat sebanyak 116 lokaliti hotspot melibatkan 6 buah negeri iaitu 64 lokaliti di Selangor, 42 lokaliti di Johor, enam (6) lokaliti di Perak, dua (2) lokaliti di Pulau Pinang serta masing-masing satu (1) di lokaliti di Sabah dan Melaka.

KKM menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk meluangkan masa 10 minit untuk melakukan pemeriksaan setiap minggu bagi menghapuskan tempat pembiakan Aedes. Masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan berwabak juga perlu menjalankan aktiviti gotong royong untuk membersihkan kawasan kediaman masing-masing. Di samping itu, Kementerian Kesihatan juga memohon kepada semua agensi media cetak dan elektronik untuk membantu meningkatkan siaran serta nasihat berkaitan langkah pencegahan dan kawalan denggi, iaitu menggunakan bahan promosi yang telah diedarkan oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini. Siaran secara berterusan ini diharap akan memberikan kesedaran kepada semua golongan masyarakat untuk melakukan tindakan pencegahan secara berterusan.

12208592_847534955365958_355014095055493682_n 12218707_847534668699320_964247403_o 12227176_847534962032624_855588299111929020_n

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengharapkan program “Gotong Royong Mega” Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan secara serentak di seluruh negara pada 8 November 2015 dilaksanakan secara berterusan agar ia memberi impak positif dalam mengurangkan tempat-tempat pembiakan Aedes dan seterusnya membendung kejadian kes denggi di negara ini. “TIADA AEDES, TIADA DENGGI”.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

13 November 2015

Screen Shot 2015-11-13 at 05.26.49 Screen Shot 2015-11-13 at 05.26.57 Screen Shot 2015-11-13 at 05.27.05 Screen Shot 2015-11-13 at 05.27.12 Screen Shot 2015-11-13 at 05.27.20 Screen Shot 2015-11-13 at 05.27.27

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s