Kenyataan Akhbar KPK 24 Nov 2015: Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Online

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

banner-crop 

KEMPEN KESEDARAN WASPADA PEMBELIAN UBAT ONLINE

Dengan perkembangan teknologi informasi yang kian pesat, memang tidak dinafikan mekanisme perniagaan secara konvensional telah beralih kepada perniagaan atas talian termasuklah penjualan ubat-ubatan. Lebih membimbangkan apabila ada peniaga atas talian turut mengiklankan ubat-ubatan dengan pelbagai tuntutan perubatan yang diragui kesahihannya termasuklah ubat yang tidak berdaftar, produk dicemari Racun Berjadual dan produk tiruan dalam pelbagai platform di internet seperti laman web, media sosial dan sebagainya. Lebih membahayakan ada juga kes memudaratkan kesihatan yang diterima oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disebabkan kesan sampingan yang dialami selepas menggunakan produk yang dibeli atas talian.

netizen-fullwaspada-full

Menyedari hakikat itu, KKM melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi akan melaksanakan Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Online yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang bahaya pembelian ubat secara atas talian. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah pelancaran Bulan Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Online yang bermula dari 23 November sehingga 23 Disember 2015. Kempen ini akan dilancarkan oleh YB Menteri Kesihatan sewaktu Persidangan Penguatkuasaan Kebangsaan Farmasi 2015 yang bertemakan “Jenayah Siber Farmaseutikal: Cabaran Era Baru”, mengedar e-poster menerusi aplikasi Whatsapp, mewujudkan laman khas www.pharmacy.gov.my/waspada-belian-ubat-online.html, membuat posting di dalam 15 akaun Facebook rasmi Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri dan menerbitkan penulisan di dalam ruangan kesihatan di dalam akhbar.

-ve list-full_0awas-full.

Berasaskan inisiatif Strategi Lautan Biro Kebangsaan (NBOS), KKM juga ingin mengajak agensi yang berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Koperasi & Kepenggunaan, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM), Forum Kandungan Komunikasi & Multimedia (CMCF), CyberSecurity Malaysia (CSM) serta persatuan pengguna untuk turut sama-sama membantu dengan memuatnaik poster kempen sebagai sepanduk kempen di laman web rasmi dan memuatnaik e-poster ke akaun Facebook rasmi serta mewar-warkan web page www.pharmacy.gov.my/waspada-belian-ubat-online.html sepanjang tempoh tersebut.

fikir fullLIU-full

KKM mengharapkan dengan kempen tersebut, ia dapat membantu orang awam dalam membuat penilaian sebaiknya sebelum membuat pembelian ubat atas talian demi keselamatan mereka. Sebarang maklumat lanjut sila layari www.pharmacy.gov.my.

 

Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

24 November 2015

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s