Kenyataan Akhbar KPK 29 Nov 2015: Titah Perintah DYMM Sultan Johor Melarang Penjualan Rokok Elektronik & Vape di Johor

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 

MERAFAK SEMBAH MENJUNJUNG SETINGGI-TINGGI KASIH KEPADA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA

SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

ATAS TITAH PERINTAH MELARANG PENJUALAN ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE DI NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM

Kementerian Kesihatan Malaysia sangat mengalu-alukan dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas Titah Perintah Melarang Penjualan Rokok Elektronik dan Vape di Negeri Johor Darul Ta’zim, bermula 1hb Januari 2016.

Keputusan ini adalah selari dengan rumusan Jawatankuasa Teknikal Bagi Mengkaji Kesan Rokok Elektronik Terhadap Kesihatan yang menyatakan rokok elektronik dan vape terbukti memudaratkan. Ia juga selaras dengan saranan World Health Organisation Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) sewaktu persidangan ke-6 Conference of Parties WHO FCTC di Moscow, Rusia pada Oktober 2014 yang menyarankan agar negara-negara ahli melarang penjualan dan penggunaan rokok elektronik dan vape.

Screen Shot 2015-11-29 at 19.07.12
Read the full report here

Kementerian Kesihatan Malaysia sekali lagi menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas Titah Perintah Baginda berkaitan perkara ini. Semoga tahap kesihatan rakyat di negeri Johor Darul Ta’zim semakin meningkat dengan amalan gaya hidup sihat, di bawah jajahan takluk Tuanku.

DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 November 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s