Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 7 Dis 2015: Status Kes Tifoid (Demam Kepialu) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Selangor

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

STATUS KES TIFOID (DEMAM KEPIALU) DI

WILAYAH  PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

 IMG_2015-10-22 08:12:21

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa wabak tifoid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Selangor telah tamat dengan onset gejala kes terakhir dilaporkan adalah pada 20 Oktober 2015.  Jumlah kumulatif kes daripada wabak tifoid ini adalah 71 dan tiada kematian yang dilaporkan dalam kejadian wabak ini.

Faktor risiko yang dikenalpasti menyebabkan wabak ini adalah premis makanan yang tidak bersih serta pengendali makanan yang tidak mengamalkan kebersihan, tidak menghadiri kursus pengendalian makanan dan tidak mendapatkan suntikan pelalian tifoid. Sepanjang wabak ini, sebanyak 906 premis makanan telah diperiksa di mana 327 (36.1%) premis telah diarah tutup di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Jumlah pengendali makanan yang diperiksa adalah seramai 3,324 orang dengan 617 (18.6%) tiada suntikan pelalian tifoid. Sebanyak 49 kompaun telah dikeluarkan kepada pemunya premis makanan yang didapati menggaji pengendali makanan yang tiada rekod suntikan tifoid yang sah.

IMG_2015-10-22 08:12:10

Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memberikan perhatian tinggi terhadap tahap kebersihan, makanan dan minuman yang diambil bagi mengelakkan jangkitan tifoid dan lain-lain penyakit bawaan makanan dan air. Langkah-langkah pencegahan boleh diambil melalui amalan-amalan berikut:

  • membasuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas;
  • minum air yang telah dimasak;
  • membasuh sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan dengan air bersih yang mengalir sebelum dimakan;
  • memilih premis makanan dan pengendali makanan yang bersih serta mengutamakan makanan yang panas dan baru dimasak;
  • membersihkan kawasan sekeliling rumah dan melupuskan sampah dengan sempurna bagi mengelak pembiakan lalat; dan
  • mendapatkan rawatan awal jika mengalami sebarang gejala penyakit bagi mengelakkan komplikasi.

Kementerian Kesihatan juga akan sentiasa memantau kejadian penyakit tifoid bagi memastikan tindakan pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan. Tindakan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 akan terus dilaksanakan bagi memastikan faktor risiko penyakit bawaan makanan amnya dan jangkitan tifoid khususnya dapat dicegah.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

7 Disember 2015

Categories: Communicable disease, Food Safety, Press

Tagged as:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s