Kenyataan Akhbar KPK 22 Dis 2015: Pemantauan Kualiti Air Terawat Di Kuantan

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

PEMANTAUAN KUALITI AIR TERAWAT DI KUANTAN

 

NEWS
Sumber foto: NST

Merujuk kepada keratan akhbar The New Strait Times (NST) pada 18 Disember 2015 bertajuk Toxins In Kuantan’s Treated Water Kementerian Kesihatan (KKM) ingin menjelaskan bahawa KKM mengambil berat terhadap kualiti air minum yang dibekalkan kepada pengguna di seluruh Malaysia dengan pelaksanaan pemantauan secara berjadual di bawah Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) yang turut melibatkan pemantauan parameter plumbum dan aluminium.

Kekerapan persampelan bagi parameter plumbum di treatment plant outlet (TPO) adalah sekali setiap 3 bulan manakala di service resevoir outlet (SRO) dan kawasan agihan adalah sekali setiap 6 bulan. Bagi parameter aluminium, kekerapan persampelan adalah sekali setiap 1 bulan di treatment plant outlet (TPO) dan service resevoir outlet (SRO) manakala di kawasan agihan adalah sekali setiap 6 bulan.

Terdapat sepuluh (10) buah loji rawatan air (LRA) yang terlibat dalam pembekalan air di Daerah Kuantan termasuk LRA Semambu, Bukit Sagu dan Bukit Goh yang terletak berhampiran kawasan pelombongan bauksit. Merujuk kepada persampelan parameter plumbum, pada tahun 2015, setakat ini sebanyak 62 sampel air terawat yang dibekalkan daripada LRA Semambu, Bukit Sagu dan Bukit Goh telah diambil oleh KKM. Sampel-sampel air dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia dan keputusan analisa menunjukkan bahawa semua sampel mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan yang ditetapkan oleh KKM iaitu 0.01mg/l.

Bagi parameter aluminium yang tidak dikategorikan sebagai logam berat, sebanyak 180 sampel air terawat daripada LRA yang sama telah dianalisa setakat ini pada 2015 dan didapati 89.6% sampel tersebut mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan yang ditetapkan oleh KKM. Secara keseluruhan, peratus pematuhan ini menunjukkan peratus penurunan pada pertengahan tahun namun meningkat 100% pada bulan Oktober dan November 2015.

Pematuhan piawaian parameter aluminium dalam air terawat bukan sahaja dipengaruhi oleh pencemaran aluminium dalam air mentah tetapi juga bergantung kepada keberkesanan proses rawatan air disebabkan penggunaan bahan kimia alum iaitu aluminium sulfat dalam proses rawatan air.

Piawaian yang ditetapkan oleh KKM bagi parameter aluminium dalam air terawat adalah 0.2mg/l. Paras ini ditetapkan demi mengambilkira kepentingan mengoptimumkan proses koagulasi yang menggunakan bahan koagulan berasaskan aluminium. Walau bagaimanapun Guidelines For Drinking-Water Quality, Fourth Edition yang dikeluarkan oleh World Health Organisation (WHO) pada tahun 2011 telah menyatakan bahawa nilai yang ditetapkan berdasarkan kesan kesihatan adalah 0.9mg/l (iaitu 350% lebih tinggi daripada nilai yang ditetapkan oleh KKM) yang diperolehi daripada The Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA) Provisional Tolerable Weekly Intake (PTWI).

Berdasarkan hasil pemantauan di atas, penduduk Kuantan tidak perlu khuatir mengenai kualiti air minuman yang dirawat di loji-loji berkenaan. KKM akan terus memantau kualiti air terawat yang dibekalkan oleh loji-loji tersebut dengan meningkatkan kekerapan persampelan di kawasan muka sauk (intake) dan TPO dengan kekerapan dua kali setiap satu bulan bagi parameter plumbum dan empat kali setiap satu bulan bagi parameter aluminium. Jika sebarang ketidakpatuhan ke atas kualiti air minum dikesan, pihak pengurusan loji akan segera dimaklumkan untuk mengambil tindakan pemulihan yang sewajarnya.

Di samping itu, pihak yang bertanggungjawab juga perlu memastikan kawasan tadahan air adalah terkawal supaya air mentah yang digunakan oleh loji-loji rawatan air berada pada tahap yang baik.

 

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 DISEMBER 2015

Read our previous Press Statement on August 8, 2015: Bauxite Mines: Sustainable Development’ Must Not Compromise Present and Future Safety

14ntbktgoh.transformed
Sumber grafik: NST
030815EXC03_2.transformed
Sumber grafik: NST

One Comment Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s