Kenyataan Akhbar KPK/YDP MPM 29 Dis 2015: Penyelarasan Pengeluaran Sijil Pendaftaran Sementara bagi Graduan Perubatan

KENYATAAN AKHBAR

 

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

PENYELARASAN PENGELUARAN SIJIL PENDAFTARAN SEMENTARA BAGI GRADUAN PERUBATAN

medical-degree

Majlis Perubatan Malaysia (MPM) dalam mesyuaratnya yang ke-347 pada 15 Disember 2015 telah membincangkan dan mengambil maklum bahawa semua graduan perubatan perlu menjalani temuduga yang dijalankan oleh pihak berkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi tujuan mendapatkan pekerjaan sebagai Pegawai Perubatan Siswazah (Gred UD 41).

Mesyuarat juga mengambil maklum bahawa pada masa kini terdapat sejumlah Pegawai Perubatan Siswazah yang sedang menjalani latihan siswazah di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, gagal menyempurnakan latihan siswazah dalam tempoh yang ditetapkan dan terpaksa melalui pemanjangan tempoh latihan oleh kerana pelbagai sebab; antaranya adalah masalah kompetensi dan juga masalah kesihatan.

Pemanjangan tempoh latihan siswazah telah menyebabkan ‘backlog’ Pegawai Perubatan Siswazah yang sedang menjalani latihan di hospital dan telah menyebabkan kemampuan untuk mengisi kekosongan jawatan gred UD 41 bagi tujuan latihan menjadi amat terhad.

Keadaan ini menyebabkan graduan perubatan terpaksa menunggu bagi tempoh yang lebih lama bagi mendapat peluang untuk dilantik menjalani latihan siswazah.

Dengan mengambil kira faktor yang tersebut di atas dan selaras dengan peruntukan Seksyen 12(1)(b) Akta Perubatan 1971, MPM telah menetapkan bahawa:

  • Proses pengeluaran Sijil Pendaftaran Sementara kepada graduan perubatan diselaras dengan keperluan Seksyen 12(1)(b) Akta Perubatan 1971, iaitu Sijil Pendaftaran Sementara (Provisional Registration) bagi tujuan menjalani latihan bagi memenuhi keperluan di bawah Seksyen 13 Akta Perubatan 1971 hanya akan dikeluarkan kepada mereka yang dapat menunjukkan bukti bahawa mereka telah dipilih dan ditawarkan untuk bekerja sebagai Pegawai Perubatan Siswazah (Gred UD 41) bagi memenuhi sebagaimana peruntukan Seksyen 13(2).
  • Sehubungan dengan itu, tatacara pengurusan permohonan Sijil Pendaftaran Sementara bagi memenuhi keperluan peruntukan Seksyen 13 telah dikaji semula, di mana semua permohonan yang layak akan diberikan satu surat memaklumkan bahawa mereka layak dipertimbangkan untuk Pendaftaran Sementara dan tertakluk kepada mereka dipilih dan ditawarkan jawatan Pegawai Perubatan Siswazah sebagaimana yang diperlukan di bawah Seksyen 12(1)(b) Akta Perubatan 1971.
  • Sijil Pendaftaran Sementara bagi membolehkan mereka menjalani latihan sebagai Pegawai Perubatan Siswazah di hospital KKM hanya akan dikeluarkan setelah graduan berkenaan mengemukakan surat tawaran bahawa mereka telah ditawarkan jawatan Pegawai Perubatan Siswazah.

Penyelarasan proses pengeluaran Sijil Pendaftaran Sementara kepada graduan perubatan dilakukan bagi tujuan mengemaskini proses dan juga bagi memastikan pematuhan kepada Akta Perubatan 1971.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Merangkap YANG DI PERTUA MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA.

 29 Disember 2015

2 Comments Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s