A New Year’s Message for Warga KKM from the DG of Health (3 Jan 2016)

    A New Year’s Message for Warga KKM from the DG of Health Malaysia

Screen Shot 2016-01-03 at 21.05.51

The New Year 2016 has begun, and it is time for us to do a comprehensive stocktaking of our performance in 2015 and the years preceding that.

     We need to assess to what extent our goals and targets have actually been achieved and realised, to identify where we have encountered shortfalls and problems, and to input these into our policy measures, work programmes and action plans. In moving forward, we must learn from where we were in the past and understand where we are at present.

       Essentially we must continue to be guided by our Clients Charter; and to be motivated and inspired by our Ministry’s vision of a nation working together for better health and our mission in providing affordable, accessible, equitable and quality healthcare. Many of you are the gatekeepers of healthcare; interfacing on a daily and continuous basis with the public. Many are serving in the rural and outlying areas, and I  have visited the Hospitals and Clinics in those areas to see for myself the dedication shown by our staff at every level and the commitment for public service. Outreach to the public is vital to ensure that healthcare can be provided to all Malaysians and we need to make more effort to enhance the quality of healthcare that is being provided.

This slideshow requires JavaScript.

     The Ministry will certainly continue to strive to reinforce our human resource with the best possible support in terms of systems and  equipments and optimal application of ICT – in line with advancements globally. Nevertheless, nothing can replace the personal dedication and  service that the human resource can provide to those who need the wide range of healthcare services, from preventive medicine right up to palliative care. We need better engagements, soft skills and the human touch in providing healthcare to the public.

     The Public will continue to have increasingly high expectations from us. It is important therefore, that we continuously monitor our performance in order to make the necessary changes, improvements and transformation on an ongoing basis. Such improvements must happen in all areas and at all levels.

    It is important to communicate to the public that health is a common thread in all sectors of society as we embrace the newly introduced Sustainable Development Goals, whereby every sector is indeed a health sector.

7b98557e-4127-441e-a57d-033bcd2413ad-large

High levels of good health of the people is an investment, which in turn results in higher productivity and efficiency, as well as enabling the Nation to have human resource that can drive competitiveness levels upwards.

      It is hoped that we can, as ‘Warga Kementerian Kesihatan’, enhance our own capacities and capabilities, to serve better our Nation and its people.

    Selamat Bertugas kepada semua, dan semoga segala usaha bakti kita diberkati oleh Allah SWT.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Director-General of Health Malaysia

3 January 2016

Mesej Tahun Baru buat Warga KKM daripada

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tahun Baru 2016 telah pun bermula, dan kini tiba masanya untuk kita bermuhasabah dan menilai prestasi kita pada 2015 dan tahun-tahun sebelumnya.      

Kita perlu menilai sejauh mana matlamat dan sasaran kita sebenarnya telah tercapai dan direalisasikan, mengenal pasti di manakah kita menghadapi kekurangan dan masalah; dan menggunakan hasil input-input ini ke dalam langkah-langkah dasar, program-program kerja dan pelan-pelan tindakan. Dalam mengorak langkah ke hadapan, kita mesti belajar di mana kita berada pada masa lalu dan memahami di mana kita berada pada masa ini.        

Piagam Pelanggan wajar terus dijadikan asas panduan; dan seharusnya kita mendapatkan inspirasi dan motivasi melalui penghayatan wawasan Kementerian iaitu sebuah negara yang bekerjasama untuk kesihatan yang lebih baik, serta melalui misi kita untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang berpatutan, mudah diakses, saksama dan berkualiti  Ramai daripada anda adalah barisan hadapan yang mengawal ‘pintu masuk’ penjagaan kesihatan; dan bersemuka setiap hari dan secara berterusan dengan orang ramai. Ramai yang berkhidmat di kawasan luar bandar dan terpencil, dan saya telah melawat Hospital dan Klinik di kawasan-kawasan tersebut untuk melihat sendiri dedikasi yang ditunjukkan oleh kakitangan di setiap peringkat dan komitmen untuk memberikan perkhidmatan awam. ‘Outreach’ kepada orang ramai adalah penting dalam memastikan penjagaan kesihatan dapat diberikan kepada semua rakyat Malaysia dan kita perlu membuat lebih banyak usaha untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan yang disediakan.

This slideshow requires JavaScript.

Kementerian pasti akan terus berusaha untuk mengukuhkan sumber manusia dengan sokongan yang terbaik daripada segi sistem dan peralatan dan aplikasi yang optimum ICT – selaras dengan kemajuan di peringkat global. Walau bagaimanapun, tiada apa yang boleh menggantikan Warga KKM yang terus menunjukkan dedikasi masing-masing dan perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam yang memerlukan pelbagai jenis perkhidmatan penjagaan kesihatan; baik daripada perubatan pencegahan sehinggalah ke penjagaan paliatif. Kita memerlukan penglibatan yang lebih baik, kemahiran insaniah dan ‘human touch’ dalam menyediakan penjagaan kesihatan kepada orang ramai.     

Orang ramai akan terus mempunyai harapan yang kian tinggi daripada kita semua. Lantas itu adalah penting bagi kita untuk terus memantau prestasi kita untuk membuat perubahan yang diperlukan, peningkatan dan transformasi secara berterusan. Peningkatan tersebut mesti berlaku di semua bidang dan di semua peringkat.     

This slideshow requires JavaScript.

Adalah penting untuk kita terus menyampaikan kepada masyarakat bahawa kesihatan adalah suatu jalinan yang melingkari di dalam semua sektor, serta menerima pakai Matlamat-matlamat Pembangunan Lestari (‘Sustainable Development Goals’) yang baru diperkenalkan di mana setiap sektor merupakan satu sektor kesihatan.

Tahap kesihatan yang baik rakyat merupakan satu pelaburan yang seterusnya menghasilkan produktiviti dan kecekapan yang lebih tinggi, serta membolehkan Negara untuk mempunyai sumber manusia yang boleh memandu peningkatan tahap daya saing kita.       

Adalah diharapkan bahawa kita semua selaku ‘Warga Kementerian Kesihatan’; dapat meningkatkan kapasiti dan keupayaan diri untuk berkhidmat dengan lebih baik demi negara dan rakyat kita.     

Selamat Bertugas kepada semua, dan semoga segala usaha bakti kita diberkati oleh Allah SWT.


Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
3 Januari 2016

 

One Comment Add yours

  1. Angie says:

    Thanks for the message from KKM!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s