Imbas Denggi 2015: 120,836 kes & 336 maut

MESYUARAT PETUGAS KHAS DENGGI PERINGKAT KEMENTERIAN PADA 11 JANUARI 2016

This slideshow requires JavaScript.

Daripada statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes denggi pada tahun 2015 menunjukkan peningkatan 11% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah keseluruhan kes denggi tahun 2015 adalah 120,836 kes berbanding 108,698 kes pada tahun 2014. Kematian juga turut membimbangkan iaitu meningkat  daripada  215 pada tahun 2014 kepada 336 kematian pada tahun 2015 iaitu peningkatan sebanyak 56%. Kadar kes kematian denggi (CFR) adalah 0.3% dan ini melebihi sasaran KKM yang sepatutnya kurang daripada 0.2%.

This slideshow requires JavaScript.

Selain daripada Malaysia, beberapa negara di Western Pacific Region seperti Filipina dan Vietnam turut menunjukkan peningkatan kes pada tahun 2015 berbanding tahun sebelumnya.  Banyak faktor yang  menyumbang kepada peningkatan ini dan antaranya adalah perubahan serotype virus denggi iaitu daripada DEN 2 kepada DEN 1 yang berlaku pada bulan April 2015, persekitaran yang kotor serta sikap masyarakat yang membuang sampah merata-rata, perubahan iklim, mobiliti penduduk, pencegahan dan kawalan denggi yang tidak optimum.

Berdasarkan kepelbagaian faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes denggi, usaha pencegahan pelbagai agensi, masyarakat dan individu sangat diperlukan untuk menangani isu denggi tahun 2016. Di samping itu, perubahan presepsi masyarakat mengenai denggi hanya boleh dikawal dengan semburan kabus (fogging) adalah tidak tepat dan perlu diubah. Aktiviti pencegahan dan kawalan denggi yang lebih berkesan perlu dimantapkan lagi melalui kaedah yang kreatif, inovatif, menyeluruh dan bersepadu antara pelbagai kementerian dan agensi.

Screen Shot 2016-01-11 at 09.17.57Screen Shot 2016-01-11 at 09.18.21

Pada tahun 2016, Pasukan Petugas Khas Denggi yang terdiri daripada tujuh Kementerian termasuk KKM akan memberi fokus kepada:

  1. Meningkatkan kebersihan persekitaran melalui semua agensi dan masyarakat.
  2. Meningkatkan lagi aktiviti ‘source reduction’ terhadap tempat-tempat pembiakan Aedes oleh anggota kesihatan, pihak komuniti serta agensi lain.
  3. Meningkatkan kempen aktiviti pembersihan persekitaran termasuk tanah lot kosong, premis kediaman, tapak binaan dan lain-lain premis yang mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi. Di samping itu, kempen pengurusan sampah secara berhemah dan amalan kitar semula akan ditingkatkan pada individu dan masyarakat.

Screen Shot 2016-01-11 at 09.42.05.png

KKM amat berharap kementerian dan agensi lain memberikan penuh komitmen seperti tahun-tahun sebelumnya seperti berikut:-

  1. Pihak Berkuasa Tempatan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DOSH) terlibat dalam melaksanakan pemeriksaan Aedes di tapak binaan terutama di kawasan wabak denggi.
  2. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan termasuk Pihak Bekuasa Tempatan perlu memastikan pengurusan sampah dilakukan secara berjadual sekurang-kurangnya pungutan tiga kali seminggu serta memastikan tindakan diambil ke atas tapak-tapak pembuangan sampah haram.
  3. Kementerian Komunikasi dan Multimedia hendaklah meningkatkan aktiviti promosi kesihatan di saluran media elektronik seperti TV dan juga radio terutama pada waktu prime time.
  4. Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi hendaklah memastikan semua sekolah dan juga IPTA/ IPTS bebas daripada pembiakan Aedes. Di samping itu, memasukkan aktiviti “mencari dan musnah” tempat pembiakan oleh pelajar dalam aktiviti di sekolah dan IPTA/IPTS.
  5. Agensi lain seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia membantu dalam aktiviti Pemusnahan Tempat Pembiakan Aedes yang dilaksanakan pada peringkat daerah serta terlibat dalam aktiviti gotong royong bersama pihak masyarakat.

Pendekatan pencegahan dan kawalan denggi yang menyeluruh melalui integrated management dan konsep ekosistem akan diaplikasikan. Oleh itu, saya amat berharap agar lain-lain kementerian dan agensi yang menganggotai Pasukan Petugas Khas Denggi akan memberi lebih komitmen dan kerjasama dalam pelaksanaannya pada semua peringkat sama ada kebangsaan, negeri dan daerah.

Sekian, terima kasih.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

11 Januari 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s