Terkini Situasi Denggi 2016: 10,482 kes & 23 maut

MESYUARAT PASUKAN PETUGAS KHAS DENGGI

PERINGKAT KEMENTERIAN

PADA 28 Januari 2016

  1. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang dapat hadir pada hari ini.
  1. Secara umumnya, tren kes denggi pada masa ini menunjukkan peningkatan kes. Untuk minggu lepas iaitu minggu ke 3 (bagi tempoh 17 hingga 23 Januari 2016), sebanyak 3,645 kes denggi telah dilaporkan, meningkat 145 kes (4%) berbanding tempoh yang sama minggu sebelumnya iaitu 3,500 kes. Ini merupakan jumlah kes tertinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun 2015. Namun apa yang membimbangkan adalah bilangan kematian denggi yang semakin meningkat dan pada minggu lepas sahaja sebanyak sembilan (9) kematian yang dilaporkan  di seluruh negara.

This slideshow requires JavaScript.

  1. Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan dari Januari sehingga 23 Januari 2016 adalah sebanyak 10,482 kes, berbanding hanya 8,502 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, berlaku peningkatan sebanyak 3% atau 1,980 kes. Untuk tempoh sama, jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 23 kematian berbanding hanya 20 kematian pada tahun 2015, iaitu peningkatan sebanyak 15% (3 kematian).
  1. Sehubungan itu, saya amat berharap agar mesyuarat ini dijadikan sebagai platform utama dalam mencari kaedah atau mekanisme supaya peningkatan kes dan juga kematian ini dapat diatasi melalui penglibatan secara bersepadu pelbagai jabatan dan agensi  sama ada pada peringkat kebangsaan dan juga negeri khususnya di negeri Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

This slideshow requires JavaScript.

  1. Salah satu komponen terpenting pencegahan denggi adalah melalui mobilisasi masyarakat terutamanya di kawasan hotspot untuk melaksanakan aktiviti kebersihan persekitaran seperti melaksanakan gotong royong bagi memusnahkan punca pembiakan Aedes. Pelbagai jabatan dan agensi misalnya Kerajaan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, RELA, JPAM, ATM dan sebagainya perlu berkolaborasi dalam merealisasikan  agenda kebersihan ini.  Selain itu, setiap jabatan dan agensi yang terlibat perlu mengambil inisiatif membantu menghebahkan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes kepada masyarakat. Mungkin komponen kedua yang dicadangkan adalah untuk menjadikan lokaliti bermasalah denggi terutama lokaliti hotspot sebagai taman angkat oleh semua jabatan dan agensi terlibat dengan dibantu oleh Kementerian Kesihatan untuk menunjukkan kesungguhan dan betapa seriusnya kita untuk menangani masalah denggi di seluruh negara.

This slideshow requires JavaScript.

  1. Pada Mesyuarat Petugas Khas Denggi kali ini juga kita akan mendengar pembentangan mengenai amalan terbaik rekabentuk bangunan bagi menangani pembiakan Aedes oleh Cawangan Arkitek, JKR Malaysia. Oleh itu, KKM amat berharap  semua pihak  yang terlibat dalam merekabentuk komponen bangunan menggunapakai panduan ini untuk mencegah berlakunya pembiakan Aedes.
  1. Melalui tindakan bersepadu dan kerjasama yang erat antara kesemua kementerian serta agensi terlibat,  KKM berharap kes denggi akan berjaya diatasi di seluruh negara.

Sekian, terima kasih.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

28 Januari 2016

Advertisements

3 Comments Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s