Message from DG of Health: A Healthy Environment & Personal Healthcare
We are living in very challenging times for healthcare in our society. As I have said before, new vector-borne diseases have emerged and reemerged, which require the collective effort of everyone in the society to overcome. The Government, through the existing healthcare system and infrastructure especially the MoH, will do what is necessary to manage any development; such as the occurrence of any vector borne diseases whether it be Dengue, Chikungunya or Zika. However, it must be emphasised that managing the problem and preventing any undue outbreak must be the collective effort of all. Whilst relevant ministries and departments at federal, district or local levels must continue to assume their respective responsibilities; all other stakeholders in society must also be proactively managing the issues of healthcare.
The private Sector, such as companies undertaking construction and infrastructure works, must ensure amongst other things that:-
1) Their workers have been properly and adequately screened by the relevant health screening agencies to ensure that they are not carriers of any contagious diseases;
2) The areas around their projects are kept free of standing water and waste that can harbour and breed disease carrying vectors such as mosquitoes; and
3) Continuous monitoring is undertaken to ensure a healthy operating environment.
Of importance is the role of members of the public at large. Everyone bears the responsibility towards personal healthcare, as well as contributing towards maintaining a healthy living environment. Living healthy lifestyles will certainly impact the ability to function well in our daily lives and contribute to national efficiency and productivity. Hence sustaining a healthy living and working environment can ensure a disease free environment. It must be emphasised that disease carrying vectors such as mosquitoes are not discriminatory about who they bite or infect. They do not discriminate on race, colour, gender, age or political inclinations. Therefore, everyone must collaborate to maintain that healthy environment that we all share together. Every sector is a health sector. Health is a factor that cuts across every level and sphere of society.
We are collectively responsible for not only personal healthcare, but also equally important, for the health of our common environment. I take this opportunity to wish everyone and their families A Very Happy, Prosperous, and Healthy Chinese New Year and happy holidays!
Mesej dari KP Kesihatan: Persekitaran Sihat dan Penjagaan Kesihatan Peribadi
Ini adalah masa yang mencabar untuk penjagaan kesihatan masyarakat kita. Sebagaimana yang telah saya perkatakan sebelum ini, penyakit-penyakit sedia ada dan baru yang disebar oleh vektor seperti nyamuk telah muncul dan dengan itu memerlukan usaha bersepadu setiap ahli masyarakat untuk mengatasinya. Pihak Kerajaan, melalui sistem dan infrastruktur kesihatan awam KKM, akan melaksanakan apa yang perlu untuk menangani sebarang kemungkinan yang berlaku akibat penyakit berjangkit yang dibawa oleh vektor seperti nyamuk, sama ada Denggi, Chikungunya atau Zika. Namun, perlu ditegaskan bahawa untuk menangani masalah sebegini serta mencegah kemungkinan berlaku kemunculan penyakit jangkitan vektor; usaha bersama dan bersepadu melibatkan semua pihak mestilah diutamakan.
Manakala kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan di peringkat pusat, daerah serta tempatan perlu berterusan dalam melaksanakan tanggunggjawab bersama di samping semua lapisan masyarakat yang perlu proaktif dalam menangani isu-isu berkaitan dengan penjagaan kesihatan.
Sektor Swasta, seperti syarikat-syarikat yang menjalankan kerja-kerja pembinaan dan infrastruktur, perlu memastikan antara lain:-
1) Pekerja-pekerja mereka telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang diwajibkan oleh agensi-agensi saringan kesihatan, bagi memastikan mereka tidak membawa bersama penyakit yang berjangkit;
2) Persekitaran tempat operasi hendaklah sentiasa bersih dan tiada air bertakung serta sampah sarap yang boleh membiak vektor-vektor pembawa penyakit seperti nyamuk; dan
3) Usaha mengesan dan pemantauan secara berterusan perlulah dilakukan untuk menjamin persekitaran yang sihat.
Peranan setiap ahli masyarakat untuk bekerjasama secara bersepadu perlulah diutamakan bagi memikul tanggungjawab bersama bagi penjagaan kesihatan diri, keluarga dan persekitaran ke arah gaya hidup sihat.
Gaya hidup yang sihat akan dapat memberi impak kepada kecergasan dan keupayaan diri untuk berfungsi dengan sebaik mungkin dalam kehidupan seharian. Ia pasti akan menyumbang kepada kecekapan dan produktiviti negara.
Memperjuangkan persekitaran serta kehidupan yang sihat akan banyak menyumbang ke arah menjamin sesuatu persekitaran itu bebas daripada penyakit. Perlu ditekankan di sini bahawa vektor-vektor yang membawa penyakit seperti nyamuk, lalat, lipas dan tikus tidak membezakan siapa yang digigit atau dijangkiti. Jangkitan tidak mengenal bangsa, warna kulit, jantina, usia, atau kecenderungan politik seseorang itu. Maka setiap ahli masyarakat mesti bekerjasama dalam menjaga persekitaran yang kita semua juga berkongsi bersama. Setiap sektor adalah sektor kesihatan. Kesihatan adalah satu-satunya kepentingan bersama yang menjangkaui segenap sektor dan lapisan masyarakat. Kita semua secara kolektif bertangungjawab bukan sahaja untuk penjagaan kesihatan peribadi, tetapi juga sama pentingnya, kesihatan persekitaran kita.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua serta keluarga masing-masing yang meraikannya “Selamat Tahun Baru Cina, semoga diiringi dengan penuh Kegembiraan, Kemakmuran serta Kesihatan dan selamat bercuti kepada semua!
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Director-General of Health Malaysia
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
7 February 2016
Categories: Blog, Communicable disease, Dengue, Environmental Health, Zika