Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 7 Feb 2016: Tohmahan Kononnya “Microcephaly” Di Brazil Disebabkan Oleh Vaksinasi Dan Gesaan Jangan Mengambil Sebarang Suntikan Vaksin

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

TOHMAHAN KONONNYA “MICROCEPHALY” DI BRAZIL DISEBABKAN OLEH VAKSINASI DAN GESAAN JANGAN MENGAMBIL SEBARANG SUNTIKAN VAKSIN

Screen Shot 2016-02-07 at 10.02.56.png

Pediatrician Danielle Cruz checks up on a 9-week-old Luhandra, who was born with microcephaly, while Jusikelly da Silva, 32, mother watches during a follow up visit on Jan. 8 at The Professor Fernando Figueira Institute of Medicine, a public hospital in Recife, Brazil. (Lianne Milton/ Panos Pictures for The Washington Post)

Kementerian Kesihatan memandang berat penulisan yang tidak bertanggungjawab yang disebarkan melalui media sosial kononnya masalah kepala/otak kecil (microcephaly) yang berlaku di Brazil bukan dikaitkan dengan jangkitan Zika tetapi sebaliknya akibat imunisasi seperti Tdap (vaksin Tetanus, Diphtheria and Pertussis). Lanjutan daripada itu, penulis tersebut membuat gesaan supaya ibu-ibu mengandung tidak mengambil pelalian atau imunisasi. Penulisan sebegini bukan sahaja salah daripada segi fakta tetapi juga mengelirukan masyarakat yang sudah sedia bimbang dengan apa yang sebenarnya berlaku di benua Amerika ketika ini.

Gardasil (untuk pelalian Human papillomavirus, HPV) tidak diberi kepada ibu mengandung di mana-mana pun di dunia. Manakala Tdap telah mula digunakan di negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom sejak 2012 lagi untuk menangani epidemik batuk kokol (pertussis) di kalangan bayi baru lahir dan tidak pula dikaitkan dengan “microcephaly” di negara-negara berkenaan. Oleh itu, tiada langsung kaitan di antara imunisasi berkenaan dengan apa yang berlaku di Brazil.

Screen Shot 2016-02-07 at 09.34.57

Pregnancy & Whooping Cough (Pertussis). Baca dengan lebih lanjut di sini 

IMG_6219

Baca dengan lebih lanjut tentang HPV di sini . Adakah vaksin HPV selamat? Baca kenyataan akhbar KKM di sini

Penciptaan vaksin adalah satu perkembangan teknologi yang telah berjaya menurunkan bilangan kes dan kematian akibat penyakit cegahan vaksin (vaccine preventable disease).  Vaksin bukan sahaja digunakan di negara-negara maju di Barat, malah vaksin yang sama digunakan di negara-negara membangun di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Penggunaan sesuatu vaksin itu hanya akan diluluskan sekiranya ia terbukti berkesan dan tidak memberi kesan buruk kepada manusia. Menjadi amalan semua negara termasuk Malaysia, sekiranya didapati mana-mana vaksin menyebabkan kemudaratan kepada manusia, ia akan ditarik balik dari pasaran.

Jangka hayat manusia di Malaysia telah meningkat dari 55.8 tahun sebelum merdeka kepada 74.7 tahun pada 2014. Ia disumbangkan oleh pelbagai faktor termasuk bekalan air selamat, persekitaran yang bersih serta sistem perkhidmatan perubatan dan kesihatan moden yang bertambah canggih. Banyak penyakit berjangkit yang telah berjaya dihapus atau dikawal sehingga tidak lagi menjadi masalah kesihatan sejagat. Tiada siapa yang dapat menafikan terhapusnya cacar (smallpox) di seluruh dunia dan polio yang kini hampir dibasmi adalah kerana program imunisasi. Lebih malang, sebahagian kanak-kanak yang mengalami wabak penyakit berjangkit seperti campak (measles), batuk kokol (pertussis) dan difteria (diphtheria) yang menyebabkan kematian di negara ini adalah di kalangan mereka yang tidak mendapat pelalian pada umur yang disarankan. Justeru, kita tidak sewajarnya menafikan faedah perkembangan sains yang ada sekarang ke atas status kesihatan manusia sejagat.

Child_with_Smallpox_Bangladesh.jpg

This young girl in Bangladesh was infected with smallpox in 1973. Freedom from smallpox was declared in Bangladesh in December, 1977 when a WHO International Commission officially certified that smallpox had been eradicated from that country. Photo Credit: CDC/James Hicks This media comes from the Centers for Disease Control and Prevention’s Public Health Image Library

Saya menyeru orang ramai supaya sentiasa mendapatkan maklumat khususnya berkaitan perubatan dan kesihatan dari sumber-sumber yang sahih. Kejahilan kita dalam menyebarkan ilmu yang salah akan memberi impak yang besar kepada negara dan masyarakat, malah ke atas keluarga kita sendiri. Bersama kita menjadi masyarakat yang celik ilmu dan celik kesihatan. Hentikan menceduk maklumat daripada sumber yang bersifat sensasi tetapi sebaliknya merujuk kepada pakar-pakar dalam bidang-bidang berkaitan serta dari jurnal perubatan atau penerbitan dari sumber berwibawa seperti Kementerian Kesihatan, Pusat-pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention, CDC) di Atlanta, USA dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO).

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 Februari 2016

Screen Shot 2016-02-07 at 09.28.08

Dapatkan maklumat terkini daripada WHO di sini

Screen Shot 2016-02-07 at 09.27.54

Ketahui maklumat terkini dari CDC di sini 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s