Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 12 Feb 2016: Situasi Terkini Virus Zika di Malaysia 12 Februari 2016

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI TERKINI VIRUS ZIKA DI MALAYSIA

12 FEBRUARI  2016

12513664_10153245547616237_8499855062857310192_o

Penularan jangkitan virus Zika yang berlaku secara pantas di beberapa buah negara terutama di rantau Amerika telah mencetuskan kebimbangan  majoriti penduduk dunia. Maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menyatakan dari Januari 2014 hingga 5 Februari 2016, terdapat sebanyak 33 negara yang telah melaporkan jangkitan virus Zika ini.

Screen Shot 2016-02-12 at 12.47.34

Baca dengan lebih lanjut di sini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengambil langkah proaktif bagi membendung penularan jangkitan virus Zika ke  negara ini,  “Zika Alert dan Arahan Pentadbiran Untuk Pemantauan Dan Pengurusan Jangkitan Virus Zika” telahpun diedarkan kepada semua Jabatan Kesihatan Negeri dan agensi lain serta  badan-badan profesional yang mewakili pengamal perubatan swasta pada 4 Februari 2015, bagi mengukuhkan pemantauan dan pencegahan kejadian kes Zika.

Selain itu, KKM juga melakukan pengawasan rapi terutama di pintu-pintu masuk antarabangsa. Pelawat-pelawat yang tiba dari negara-negara yang telah dijangkiti virus Zika akan diberikan Kad Amaran Kesihatan (Health Alert Card) dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya mengalami gejala dan tanda-tanda jangkitan Zika setelah kembali dari negara tersebut dalam tempoh seminggu.

This slideshow requires JavaScript.

Hasil pemantauan KKM melalui survelan makmal berterusan yang dilakukan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari bulan Jun 2015 sehingga 10 Februari 2016, mendapati sebanyak 393 sampel darah daripada pesakit yang menunjukkan gejala denggi tetapi negatif bagi ujian NS 1, telah diuji untuk mengesan virus Zika. Setakat ini semua keputusan ujian adalah negatif.

12696974_10153247184571237_7489293097313585480_o

Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika. Oleh yang demikian, perkara penting yang perlu dilakukan oleh orang ramai adalah melaksanakan langkah-langkah pencegahan terutama memastikan persekitaran yang bersih dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes. Setiap individu dinasihatkan melindungi diri daripada gigitan nyamuk seperti memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang serta menggunakan repelan.  Sekiranya menghidap gejala dan tanda-tanda jangkitan Zika seperti demam, sakit badan, ruam dan konjuktivitis dalam tempoh 7 hari setelah kembali dari 33 negara yang dijangkiti virus Zika, segeralah mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital. Sebarang pertanyaan berhubung jangkitan virus Zika ini, bolehlah dikemukakan kepada  Crisis Preparedness and Response Centre, KKM di talian 03-88810700 atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

12 FEBRUARI  2016

Saksikan rakaman rancangan “Dialog” (10 Februari 2016) di RTM – Radio Televisyen Malaysia dengan topik “Virus Zika” bersama – YBhg Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia di sini

Screen Shot 2016-02-12 at 13.23.57

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s