Hospital Services

Kenyataan Akhbar KPK 18 Feb 2016: Status Terkini Lif di Blok C & D, Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

STATUS TERKINI LIF DI BLOK C & D,

HOSPITAL SULTANAH AMINAH (HSA), JOHOR BAHRU

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Pelaksanaan penggantian sistem lif di Blok C dan D, Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru telah dilakukan sejak tahun 2015 secara berperingkat melibatkan dua (2) unit di Blok C dan dua (2) unit di Blok D. Satu (1) unit lif di Blok C dan D telah siap dipasang dan telah digunapakai sepenuhnya bermula 28 Januari 2016 yang lalu. Manakala dua (2) unit lif lama sedang dalam proses penggantian lif baru dan dijangka siap dalam tempoh dua (2) bulan iaitu penghujung April 2016.

Pada masa kini, kesemua empat (4) lif di blok berkenaan berfungsi dengan baik dan aduan kerosakan yang dilaporkan oleh Malaysiakini berkaitan dengan kerosakan sensor pada lif baru telah dibaiki pada hari yang sama. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kerosakan pada unit lif baru akibat daripada pengoperasian yang tidak betul sehingga mengakibatkan kerosakan pada komponen lif, ianya akan dibaikpulih dengan segera oleh pihak kontraktor memandangkan unit lif baru yang telah siap diganti tersebut mempunyai tempoh tanggungan kecacatan (Defect and Liability Period, DLP). Bagi memastikan kerja-kerja penggantian lif ini tidak mengganggu pengoperasian harian hospital, syarikat konsesi penyelenggaraan iaitu Medivest Sdn. Bhd. sentiasa bersedia mengambil tindakan pembaikan sewajarnya jika unit lif unit lama gagal beroperasi.

Semua permasalahan terutamanya pengoperasian lif akan dapat diatasi dan selesai apabila projek penggantian sistem lif siap kelak dan akan boleh bertahan sekurang-kurang dalam tempoh 15 tahun.

 

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

18 Februari 2016

Categories: Hospital Services, Press

Tagged as:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s