Kenyataan Akhbar KPK 1 Mac 2016: Penguatkuasaan “Ops Barang Lusuh” Di Bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

PENGUATKUASAAN “OPS BARANG LUSUH” DI BAWAH AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975

Screen Shot 2016-03-01 at 19.51.08
Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975. Baca dengan lebih lanjut di sini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat prihatin terhadap penjagaan kesihatan awam demi melindungi masyarakat daripada jangkitan penyakit berjangkit terutamanya kes Denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes ini juga adalah vektor kepada penularan virus Zika sebagaimana dilaporkan di beberapa buah negara pada masa ini.

Bagi menangani isu tempat pembiakan nyamuk Aedes yang kurang diberi perhatian oleh majikan atau pekerja, KKM mengenakan pendekatan penguatkuasaan sebagai salah satu langkah pencegahan. Operasi penguatkuasaan pada kali ini ditumpukan kepada industri barang lusuh yang didapati menjadi tempat pembiakan Aedes di 597 premis (29.7%) daripada 2010 buah premis yang diperiksa sepanjang tahun 2015.

Melalui operasi penguatkuasaan “Ops Barang Lusuh” pada bulan Februari tahun ini sebanyak 859 buah premis telah diperiksa. Sebanyak 212 (24.6%) buah premis barang lusuh telah didapati positif dengan pembiakan larva Aedes. Negeri Johor dan Kedah telah mencatatkan insiden tertinggi pembiakan larva Aedes iaitu sebanyak 33 buah premis di negeri Johor diikuti 29 buah premis di negeri Kedah. Negeri Selangor mencatatkan 24 buah premis dan Pulau Pinang sebanyak 16 buah premis yang dikesan berlaku pembiakan nyamuk.

wk_03.1
Gambar hiasan. Sumber foto: Utusan

Proses mengkompaun telah dimulakan terhadap 208 buah premis barang lusuh kerana positif pembiakan larva nyamuk Aedes di seluruh negara. Tawaran kompaun telah dikeluarkan. Sekiranya kompaun tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan pendakwaan di mahkamah akan dijalankan. Jika disabitkan kesalahan di bawah subseksyen 13(1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975, denda maksimum adalah berjumlah RM 10,000.00 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali akan dikenakan. Bagi kesalahan yang berulang, denda maksimum adalah  RM 50,000.00 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Arahan penutupan premis di bawah seksyen 8(3)(aa) APSPP 1975 telah dikeluarkan terhadap 2 buah premis barang lusuh di negeri Selangor dan Melaka yang melakukan kesalahan berulang.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus melaksanakan operasi penguatkuasaan APSPP 1975 secara berterusan bagi membendung peningkatan kes Denggi dan mengurangkan risiko jangkitan Denggi di  kalangan masyarakat. Bersama-samalah kita berusaha mencapai persekitaran hidup yang sihat.

Sekian dan terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

1 Mac 2016 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s