Kenyataan Akhbar KPK 11 Mac 2016: Isu Bedak Talkum Dikaitkan dengan Kejadian Barah

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

ISU BEDAK TALKUM DIKAITKAN DENGAN KEJADIAN BARAH

Screen Shot 2016-03-11 at 16.48.23
Sumber foto: The Guardian, UK

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan media antarabangsa dan tempatan baru-baru ini serta kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 10 Mac 2016 tentang isu bedak talkum dikaitkan dengan kejadian barah.

Bedak talkum diperbuat daripada talkum yang juga dikenali sebagai hydrated magnesium silicate yang wujud secara semulajadi. Talkum boleh dikelaskan kepada gred industri dan gred kosmetik/farmaseutikal. Talkum gred kosmetik/farmaseutikal lazimnya lebih tulen dan tidak mengandungi asbestos (bahan yang dipercayai boleh menyebabkan kanser). Talkum digunakan di dalam sesuatu sediaan kosmetik kerana mempunyai ciri-ciri seperti menyerap kelembapan, agen pelincir, agen penyejuk dan agen pembawa bahan pewangi.

Talkum tidak disenaraikan sebagai bahan larangan di dalam formulasi produk kosmetik. Ia digunakan secara meluas di dalam produk kosmetik di seluruh dunia termasuklah di negara-negara Eropah, Kanada, Amerika dan Asia. Sehingga kini, tiada sebarang kesan advers dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang melibatkan isu keselamatan penggunaan bahan tersebut di dalam produk kosmetik. Bahan 1,4-dioxane yang dinyatakan dalam salah satu artikel berkaitan sudah sedia ada merupakan bahan larangan dalam produk kosmetik. Manakala, formaldehyde dibenarkan sehingga kepekatan 0.2% sebagai bahan pengawet di dalam bedak talkum. Di samping itu, terdapat juga satu prospective cohort study daripada Women’s Health Initiative (WHI), yang mendapati tiada kaitan di antara penggunaan talkum kosmetik dan risiko kanser ovari.

Screen Shot 2016-03-11 at 16.15.31
Perineal powder use and risk of ovarian cancer

Bedak talkum bernotifikasi yang dipasarkan di Malaysia oleh syarikat Johnson & Johnson adalah seperti dalam Lampiran 1. Hasil semakan pada pangkalan data kosmetik bernotifikasi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati formulasi bedak talkum tersebut mematuhi keperluan yang ditetapkan di dalam Guidelines for Control of Cosmetic Products in Malaysia.

Screen Shot 2016-03-11 at 16.05.44

Penilaian secara berterusan akan dilakukan oleh KKM terhadap aspek keselamatan, kualiti dan kesahihan tuntutan sesuatu produk kosmetik yang dipasarkan. Sebarang maklumat terkini yang berkaitan dengan isu-isu keselamatan sesuatu produk akan dinilai dan pihak KKM akan mengambil tindakan regulatori yang sewajarnya jika diperlukan. KKM juga akan terus prihatin dengan mana-mana kajian semasa yang dikeluarkan dan memantau keadaan dengan teliti untuk sebarang perkembangan terbaru.

Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi BPFK di talian 03-78835533/5534 atau emel kepada kosmetik@bpfk.gov.my sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan berhubung perkara ini. Pengguna juga boleh menyemak status notifikasi produk-produk tersebut melalui laman web rasmi BPFK di http://portal.bpfk.gov.my/ .

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

11 Mac 2016

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s